Monday, March 9, 2009

Tokoh-tokoh Tajwid Tempatan

Tokoh-tokoh tajwid yang banyak memberi sumbangan dalam pengajaran dan pendidikan di Malaysia.

1. Yang Berbahagia Datok Haji Hassan bin Azhari
Datok Hj Hassan bin Azhari dilahirkan pada 18 ogos 1928 di Shuaib Amir Mekah.Beliau dilahirkan dalam keluarga berilmu dan beragama.Ayahnya Azahari B. Hj. Abd Khalid adalah seorang ilmuan yang lama tinggal di Mekah dan mempunyai kesempatan masa yang banyak untuk mendalami ilmu agama dalam pelbagai bidang.Ibunya Hj. Fatimah bt Abd Hakim dari campuran keturunan arab dan Minangkabau .

Pada tahun 1939,Beliau terpaksa meningggalkan Mekah dan berpindah ke Negeri Selangor mengikuti ayahnya yang berkhidmat sebagai guru.Ketika berada di Malaysia,beliau dimasukkan ke Sekolah Marta al ’Ulum al Diniyyah,kemudian ke Sekolah Arab Al Hayat Al Mardhiyyah sekolah arab ke dua di Kampung Jawa Selangor. Beliau menyambung pelajarannya ke Sekolah al Junaid di Singapura. Kemudian ke Sekolah Hishamuddin Selangor. Beliau pernah belajar di Sekolah Melayu Kuala Langat dan Jublee School Klang.

Penglibatan beliau dalam bidang Al Quran amat luas dan beliau mengembangkan kepada masyarakat umum terutamanya dalam bidang tajwid dan makhraj, jenis-jenis qiraat dan tarannum.Beliau meninggalkan asas pendidikan al Quran untuk kanak-kanak melalui pendekatan muqaddam yang diwarisi dengan memperkenalkan kaedahnya sendiri untuk pembacaan asas al Quran bagi kanak-kanak dengan memperkenalkan huruf diikuti dengan perkataan al Quran dan seterusnya diikuti dengan bacaan pula.Kaedah ini diperkenalkan melalui program televisyen dan radio bagi membina kemampuan kanak-kanak membaca al Quran dan juga orang dewasa.

Beliau telah menulis sebuah risalah bertajuk” Muqaddimah Ilmu tajwid” bagi meningkatkan mutu bacaan di kalangan masyarakat Malaysia pada tahun 2001.Pada tahun 2003,beliau telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk ”Penghayatan Tajwid Al Quran Dan Amalannya Dalam Masyarakat Hari Ini” di Metrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.Beliau juga dijemput keluar negara untuk memberi kursus dalam bidang tajwid di Singapura yang dianjurkan oleh badan masyarakat beberapa kali pada tahun 2000.Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penghakiman tajwid peringkat kebangsaan dan antarabangsa selama 50 tahun.

2. Hajjah Faridah Bte. Mat Saman

Anak kelahiran Temerloh Pahang ini dilahirkan pada 29.10.1948.Bapa beliau bernama Mat Saman merupakan seorang imam di kampung.Manakala ibunya bernama Hajah Che Yam Bte. Che Had ,berasal dari Kampung Kubang Terap Pasir Mas Kelantan merupakan seorang qariah istana serta pernah menjadi johan tilawah al Quran peringkat negeri Kelantan.Ibunya telah meninggal dunia pada 2003 ketika berusia 95 tahun.Datuknya bernama Abd Rahman B. Che Man dan neneknya Zainab Bt Osman yang terkenal sebagai guru al Quran di kampungnya semenjak dari muda hingga ke akhir hayat.

Sejarah awal pendidikan beliau ialah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Mas yang kini dikenali sebagai SK Sultan Ibrahim 1.Beliau mendapat pendidikan al Quran bermula dari kecil lagi dan telah khatam al Quran pada seawal usia lima tahun lagi mennerusi bimbingan kedua ibubapanya.Semasa usia 12 tahun beliau telah menyambung pengajiannya di sebuah pondok di Thailand selama tiga tahun berguru kepada Ustaz Ghazali Mandaling yang berasal dari Indonisia berketurunan Mekah.Selepas itu beliau berguru dengan Hj Ahmad Ma’sum Pergau yang pernah menjadi johan qari sekitar tahun 1960.Gurunya yang terakhir ialah Hj Nik Jaafar B. Nik Ismail dan Hj Hassan Musa dari Pasir Mas.

Sumbangan beliau sepanjang menceburi bidang al Quran, beliau pernah menerima jemputan memperdengarkan bacaan al Quran dari Mufti Palestin tahun 1965 dan telah mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.Beliau menyumbangkan tenaga dengan mengajar anak murid yang berusia 30 hingga 50 tahun yang mahu membetulkan bacaan al quran terutamanya sebutan dan tajwid.Disamping itu beliau menubuhkan kumpulan nasyid yang bernama ”Usratul Faridah” yang terkenal di Malaysia , Thailand dan Singapura.Beliau telah mencatat sejarah sebagai qariah yang paling banyak menjuarai tilawah peringkat antarabangsa sebanyak lapan kali iaitu pada tahun 1964,1965,1972,1976,1977,1989,1990 dan1991.

4. Buku-buku tajwid yang berada di pasaran dan menjadi rujukan masyarakat.


1. Nama buku : Himpunan Tajwid al Quran Al Karim
Nama Pengarang : Tuan Guru Haji Awang Embun bin Haji Umar Al Basyar
Penerbit : Al Fakir Mohamad Rasdi Bin Abdul Malik
Tahun diterbit : 2001
Dicetak oleh : Pustaka Aman Press Senderian Berhad Kota Bharu.

2. Nama buku : Kitab Pelajaran tajwid
Nama Pengaran : Azahari Ibrahim
Penerbit : Darul Nu”man
Tahun diterbit : 1995
Dicetak oleh : Percetakan Darul Nukman Kuala Lumpur.

3. Nama buku : Cara mudah belajar tajwid al Quran
Nama Pengarang : Mohd Sofwan Amrullah
Penerbit : Pustaka Ilmi
Tahun diterbit : 1995
Dicetak oleh : Hikmat Enterprise Bandar Manjalara Kuala Lumpur



4. Nama buku : Kitab pelajaran tajwid
Nama Pengarang : Azahari Ibrahim
Penerbit : Jurnamin
Tahun diterbit : 1989
Dicetak oleh : Percetakan Jurnamin Kota Bharu Kelantan

5. Nama buku : Iqrak
Nama Pengarang : Dr. Mohamad Razak Al Siwahali
Penerbit : Jurnamin
Tahun diterbit : 1989
Dicetak oleh : Percetakan Jurnamin Kota Bharu Kelantan

6. Nama buku : Tajwid Ilmi dan Amali
Nama Pengarang : Ustaz Mahadi Dahlan Al Hafiz
Penerbit : Pustaka Haji Abdul Majid
Tahun diterbit : 1995
Dicetak oleh : Percetakan Warni Sdn. Bhd Selangor.

7. Nama buku : Kaedah Tajwid Rasm Uthmani dalam al Quran
Nama Pengarang : Mahadi Dahlan Al hafiz
Haji azhari Uthman Al hafiz
Penerbit : Al Hidayah
Tahun diterbit : 2003
Dicetak oleh : Al Hidayah Publish

8. Nama buku : Terjemah Hidayatul Mustafid Pada Hukum Ilmu Tajwid
Nama Pengarang : Syeikh Ali Bin abdullah Baldum
Ibni Rawi
Penerbit : Matbaah
Tahun diterbit : 1913
Dicetak oleh : Matbaah zi United Press,Pulau Pinang.

9. Nama buku : Kursus Qari Dan Qariah
Nama Pengarang : Abdullah Qari Bin Hj Salleh
Penerbit : Pustaka Aman Press
Tahun diterbit : 1988
Dicetak oleh : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

10. Nama buku : Kursus Tilawah al Quran
Anjuran : Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Penerbit : Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tahun diterbit : 1992
Dicetak oleh : Malindo Printers Sdn. Bhd.


11. Nama buku : Siraj Al Qari
Nama Pengarang : Sheikh Mohd Salleh bin Zainal Abidin
Penerbit : Jabal Maraki Enterprise
Tahun diterbit : 2007
Dicetak oleh : Percetakan dan Perniagaan Nik Daud Sdn. Bhd.
Kota Bharu Kelantan.

12. Nama buku : Belajar Al Quran Kaedah baru Serta Ilmu Tajwid
Lengkap
Nama Pengarang : Shahib Talib bin Haji Muhammad
Penerbit : Pustaka Ilmi
Tahun diterbit : 2002
Dicetak oleh : Hikmat Enterprise Bandar Manjalara Kuala Lumpur

13. Nama buku : Ilmu Al Quran Dan Tajwid
Nama Pengarang : Abdul Badi Saqar
Terjemahan oleh : Muhammad Labib Ahmad.
Penerbit : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd
Tahun diterbit : 2003
Dicetak oleh : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd

14. Nama buku : Tajwid dan Ilmu Al Quran
Nama Pengarang : Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz
Penerbit : Al Hidayah
Tahun diterbit : 1998
Dicetak oleh : Al Hidayah Publish

15. Nama buku : Qari Dan Qari
Nama Pengarang : Abdullah Al Qari bin Haji Salleh
Penerbit : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd
Tahun diterbit : 2002
Dicetak oleh : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd

16. Nama buku : Pengajaran Membaca Quran Cara Baru
Nama Pengarang : Abdullah Al Qari bin Haji Salleh
Penerbit : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd
Tahun diterbit : 2004
Dicetak oleh : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd

No comments:

Post a Comment