Wednesday, March 11, 2009

HUKUM MENYENTUH AL-QURAN TANPA WUDUK

Pertama: Ijma’ fuqaha’ menetapkan harus membaca alQur’an tanpa wudhu‘ dan tanpa menyentuh musyhaf, namun berwudhu’ itu lebih afdhal (Imam Syaraf anNawawi, alMajmu’ Jld 2, ms 76)
Kedua: Orang berhadas kecil membaca, menyentuh dan membawa dari musyhaf. Khilaf fiqhi, jumhur (termasuk Syafi’iyah) menegahnya berdasarkan dalil Qur’ani alWaqi’ah:78-79 dan hadis riwayat Malik dan Baihaqi dari Umar bin Hizam.
Para pentahqeeq (penilai semula) terdiri dari pentarjih hadis dan ahli tafsir alQur’an berpendapat orang berhadas kecil dan besar boleh membawa, menyentuh dan membaca alQur’an. Antaranya ialah Imam alHafidz asySyawkani (nailool Awthor, Jld 1), Imam alHafiz Ibn Hajar (Fathul Baari, Jld 1) mereka menggunakan pendapat Ibn Abbas, pentafsir nombor satu alQur’an yg mentafsirkan ayat 79 dalam surah alWaqi’ah yg secara mutlak merujuk kepada Malaikat, kerana ayat 11-16 (S Abasa) dan ayat alBuruj 21-22) memperkuatkan tafsiran ayat 79 (S Waqi’ah) itu adalah Malaikat. Dari pengkaji hadis pula mendapati hadis-hadis yg menegah orang hadas menyentuh alQur’an ada cacatnya.
Seorang pengkaji semula hukum-hukum fiqih dari Saudi, Syaikh Abu Yusof Abd Rahman Abd Samad,as-ilatu thalatah Haulaha al Jadal merumuskan dari perselisihan fuqaha’ ini,. hukum pertengahan ialah Makruh hukumnya orang berhadas menyentuh dan membawa musyhaf.
Dalil setiap pendapat
1. Dalil golongan yang mengatakan haram:
a. Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Waqiah ayat 79:لا يمسه إلا المطهرون(Tidak menyentuhnya kecuali mereka yang suci)
Mereka mengatakan ganti nama nya dalam ayat itu balik kepada al-Qur’an, bukannya Luh Mahfuz.Akan tetapi mereka khilaf pula, apakah yang dimaksudkan dgn al-Mutahharun? Ada yang kata: Orang yang suci dari hadas dan najis. Yang lain pula kata: Suci dari syirik dan kekufuran, iaitu orang-orang mukmin. [sila rujuk Tafsir al-Qurtubi 17/226]
Sebahagian ulama’ berpendapat, ganti nama tersebut balik kepada Luh Mahfuz. Jadi, tak boleh berhujah dgn ayat ini. al-Mutahharun pula adalah para Malaikat yang Allah bersihkan mereka dari tabiat yang negatif dan sifat-sifat yang tercela. Ayat ini sebenarnya satu penafian dan penolakan kepada hujah golongan musyrikin yang mendakwa Syaitanlah yang telah menurunkan kitab al-Qur’an ini. Sila rujuk ayat 210-212 surah al-Syu’ara’.Antara hujah yang menyokong pendapat ini -sebagaimana yang disebut oleh Qatadah- ialah al-Qur’an boleh dipegang di dunia ini oleh si Majusi dan si Munafiq yang dianggap najis, sedangkan al-Qur’an kata, ia tidak dipegang kecuali oleh mereka yang suci. [sila rujuk Tafsir al-Tabari 17/226]
al-Alusi menyebut di dalam tafsirnya Ruhul Ma’ani (27/155): Imam Sayuti menyebut di dalam kitab al-Ahkam: Imam Syafie berdalilkan ayat ini dgn mengatakan orang yang berhadas tidak boleh memegang al-Qur’an. Ini adalah pilihan yang zahir dari ayat ini. Akan tetapi oleh kerana ada ihtimal/kemungkinan ganti nama boleh balik kepada Qur’an dan juga kepada Luh Mahfuz, dan maksud al-Mutahharun ialah Malaikat al-Muqarrabun, kebanyakan ulama’ yang berkata haram berpindah kepada beristidlal dgn hadis.
Manakala Ibn Rusyd pula berkata (Bidayatul Mujtahid 1/42): Sebab khilaf ialah perkataan al-Mutahharun boleh membawa makna manusia dan juga malaikat, di samping ayat ini juga boleh jadi suatu perkhabaran yang bermaksud larangan dan juga boleh jadi perkhabaran semata-mata.
b. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwatta’, dari Abdullah bin Abu Bakar bin Hazmi, bahawa dalam kitab yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada ‘Amru bin Hazmi terdapat: أن لا يمس القرآن إلا طاهر (bahawa tidak boleh memegang al-Qur’an kecuali orang yang suci) [Muwatta' 141].
Hadis ini merupakan petikan dari kitab yang ditulis oleh Nabi kepada ‘Amru bin Hazmi di Yaman. Kitab ini berada bersama kaum keluarga beliau selepas kematiannya. al-Daruqutni dan al-Hakim pula meriwayatkan bahawa Umar bin Abdul Aziz telah menghantar wakil ke Madinah untuk mencari sesuatu petunjuk sunnah Nabi dalam bab zakat dan wakilnya itu telah menjumpai kitab ini dalam simpanan keturunan ‘Amru bin Hazmi [lihat komentar Syeikh Ahmad Syakir dlm kitab al-Muhalla oleh Ibn Hazmi 1/82].
Syeikh Ahmad Syakir menyebut bahawa beliau telah menjumpai hadis ini selengkapnya dalam Mustadrak al-Hakim (1/359, cetakan India) di mana sebahagian darinya terdapat juga di dalam sahih Ibnu Hibban, sunan al-Daruqutni dan sunan al-Nasaie.
Komentar ttg hadis ini ialah sanadnya mursal. Ibnu Abdil Barri berkata: Tiada khilaf dari Imam Malik bahawa hadis ini mursal. Walau bagaimanapun ia diriwayat secara bersanad dari jalan lain yang bagus. Ia adalah sebuah kitab yang masyhur di kalangan ahli sejarah dan terkenal di kalangan ulama’ di mana kemasyhurannya itu menyebabkan ia tidak perlu (dilihat) kepada sanadnya [kata-kata ini dinukil oleh penyunting kitab Muwatta’ ms 141].
Ibnu Kathir menyebut bahawa Abu Daud telah meriwayatkan di dalam kitab al-Marasil dari hadis al-Zuhri bahawa beliau berkata: Aku telah membaca di dalam sahifah Abu Bakar bin Amru bin Hazmi bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci. Ibnu Kathir berkata: Ini adalah sesuatu yang bagus. Al-Zuhri dll telah membacanya, dan yang seperti ini sepatutnya diambil (dipegang) [Tafsir Ibnu Kathir 6/537].
Hadis ini diriwayatkan secara bersambung sanadnya dari empat orang sahabat, iaitu ‘Amru bin Hazmi, Hakim bin Hizam, Ibnu Umar, dan Uthman bin Abi al-‘As.
Al-Marhum Syeikh Nasiruddin al-Albani [di dalam kitab Irwa’ul Ghalil (1/160-161)] telah menyebut kesemua sanad hadis ini dan kitab-kitab hadis yang mentakhrijnya, kemudian beliau berkata: Sesungguhnya kesemua jalan hadis ini tidak bebas dari unsur dhaif. Akan tetapi dhaifnya itu adalah kecil kerana tiada perawi yang dituduh sebagai pendusta. ‘Illah hadis ini hanya irsal atau hafalan yang kurang baik, dan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam ilmu Mustalahul hadis bahawa setiap jalan periwayatan hadis boleh menguatkan di antara satu sama lain sekiranya tiada rawi yang dituduh pendusta. Ini telah dinyatakan oleh al-Nawawi di dalam Taqribnya dan al-Suyuti di dalam syarahnya. Diri ini menyatakan penerimaan terhadap kesahihan hadis ini, lebih-lebih lagi Imam Ahmad telah berhujah dgn hadis ini. Imam Ishaq bin Rahawaih juga telah mentashihkannya. Ishaq al-Maruzi berkata di dalam kitab Masa’il Imam Ahmad: Aku bertanya Imam Ahmad: Bolehkah seorang lelaki itu membaca Qur’an tanpa wudhu’? Imam Ahmad menjawab: Ya, boleh. Tapi dia tidak boleh membaca di mashaf selagi dia tidak berwudhu’. Ini kerana telah sabit dari Nabi s.a.w: Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci. Begitulah juga yang telah dilakukan oleh para sahabat dan tabiein.
Syeikh al-Albani juga menyebut bahawa telah sabit dan sah riwayat yang mengatakan Sa’ad bin Abi Waqqas telah menyuruh anaknya Mus’ab supaya berwudhu’ dahulu sebelum menyentuh al-Qur’an. Ia diriwayatkan oleh Imam Malik dan al-Baihaqi dgn sanad yang sahih.
Beliau juga berkata bahawa beliau telah membaca kitab Fawa’id Abi Syu’aib dan mendapati Imam al-Baghawi telah bertanya Imam Ahmad ttg hadis ini. Imam Ahmad berkata: Aku harap ianya sahih.
Sebenarnya kesahihan hadis ini juga telah dinyatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Beliau telah berhujah dgn hadis ini di banyak tempat dalam kitabnya [lihat Majmu’ Fatawa 17/12 & 21/228]
Al-San’ani berkata: Kitab ‘Amru bin Hazmi telah sepakat diterima ramai. Ibnu Abdil Barri pula berkata: Ia seperti mutawatir kerana telah sepakat diterima ramai. Ya’qub bin Sinan juga berkata: Aku tidak tahu di sana ada sebuah kitab yang lebih sahih dari kitab ini. Sesungguhnya para sahabat dan tabiein merujuk kepadanya dan meninggalkan pendapat mereka sendiri. Al-Hakim berkata: Umar bin Abdul Aziz dan Imam zamannya, iaitu al-Zuhri telah menyaksikan bahawa kitab ini adalah sahih [lihat Subulussalam oleh al-San’ani 1/70]
2. Dalil golongan yang mengatakan boleh.
a. Ibnu Hazmi berkata: Membaca al-Qur’an, memegangnya, dan berzikir kepada Allah adalah perbuatan baik yang disunatkan dan diberi pahala kepada pelakunya. Sesiapa yang mengatakan ia kekadang (yakni dalam sesetengah keadaan) terlarang perlulah membawakan bukti! [al-Muhalla 1/78]
b. Hadis dalam Sahih Bukhari: dari Ibnu Abbas bahawa Abu Sufyan ketika beliau berada di Syam sebelum keislamannya telah dipanggil oleh Raja Rom. Kemudian dibawakan surat Nabi yang dihantar kepadanya yang menyeru beliau kepada Islam. Di dalam surat itu terdapat ayat 63 Surah Aali Imran.
Hujah mereka ialah Nabi telah menulis kepada Raja Rom yang kafir dan beliau telah memegangnya. Sekiranya orang kafir boleh pegang, maka lebih-lebih lagilah orang yang berhadas.
Pihak yang mengatakan haram menjawab: Surat tersebut mengandungi bukan saya ayat ini tetapi ada juga perkara lain. Ia sebenarnya sama dgn kitab Fekah atau Tafsir, dan Jumhur ulama’ mengatakan boleh memegangnya walaupun tidak berwudhu’.
Tetapi Ibnu Hazmi menjawab balik dgn berkata: Sekiranya kamu kata Nabi telah hantar satu ayat saya kepada Raja Rom, Nabi sebenarnya boleh hantar lebih banyak dari itu. Kamu kan ahlul Qiyas. Kalau kamu tak boleh qiyaskan ayat yang banyak dgn satu ayat, maka kamu jgn qiyaskan ayat lain dgn ayat ini!.
Sekian.

13 comments:

  1. Saya berlindung dengan Allah dari segala kesesatan yang nyata dan tersembunyi. Syukur untuk sumber ini. Ianya telah mengurangkan kemusykilan saya. Semoga kita sama2 akan dilimpahi taufik dan hidayah insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Saya juga berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang direjam, tetapi saya memilih untuk dibolehkan memegang, disebabkan dahulu saya cuba menghafal al-quran (alquran senantiasa di sisi) dan saya selalu buang angin, jadi saya selalu terpaksa mengambil wuduk semula sebab quran di sisi. Jadi nak ambil wuduk waktu2 sekarang ni di tandas paling banyak! maka sekiranya saya masuk tandas bawa quran. dah satu lagi kesalahan! tatkala itu saya musykil tentang hukum ini dan saya merasakan tenang setelah mengetahui hal2 sebenar. al-quran dan hadith2 ini. Minta tolong pendapat?

    ReplyDelete
  3. ooo, maksud saya bukan memegang sahaja, termasuk yang lain2 la.

    ReplyDelete
  4. http://hafizfirdaus.com/content/view/109/56/
    Membaca Al-Qur'an tanpa wudhu' atau semasa haid
    Ditulis oleh Hafiz Firdaus
    Tuesday, 18 September 2007
    Assalamu 'alaikum

    Adakah dibolehkan pegang or baca Al Quran tanpa wuduk and saya pernah dengar orang kata dosa and kalau nak hapuskan dosa tu kena ambik wuduk? Saya nak mintak bro hafiz firdaus tolong jelaskan artikel tentang perempuan yang sedang haid boleh baca Quran (al-firdaus.com), saya masih confuse sebab dalam Quran kan ada sebut yang haid itu benda yang kotor, so, betul ke boleh baca Quran masa haid?


    Jawab HF:

    Yang kotor hanya darah haidh, bukan wanita yang mengalami haid. Oleh itu tangan yang memegang, lidah yang menyebut, hati yang berfikir dan kepala yang menghafal tidak terlibat dalam kotoran haidh.

    Dalam hadis sahih, ketika Rasulullah s.a.w. sedang beriktikaf, baginda meminta daripada A'isyah kain sarungnya. A'isyah keberatan untuk memberi, katanya dia sedang haid. Lalu Rasulullah jawab, kamu tidak haid di tangan kamu.

    Dalam Sahih al-Bukhari, seorang wanita kulit hitam masuk Islam. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Rasulullah mengizinkannya membuat khemah dan tinggal di dalam masjid. Padahal sebagai seorang wanita, dia akan mengalami putaran haidnya yang normal.

    Hadis terakhir ini dijadikan dalil oleh Ibn Hazm bahawa wanita haid boleh masuk dan berurusan dalam masjid. Oleh itu yang kotor hanya darah haid dan bukan wanita itu sendiri. Ibadah yang secara sahih terlarang ketika haidh ialah solat, puasa dan tawaf.



    Tambah THTL:

    1. Hukum pegang al-Qur'an (musyhaf) tanpa wudhu':

    Pendapat muttakhir adalah dibolehkan.

    Dalil Al-Qur'an al-Waqi'ah ayat 79 (tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci) telah pun dihapuskan khilafnya kerana 'orang-orang' dalam ayat itu adalah Malaikat dan ia berlaku di Lauh Mahfudz.

    Imam alAlbani (Tamam al-Minnah) dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) telah mengesahkan hal ini. Ia bersumber dari Fiqh Ibn Abbas RA.

    2. Hukum baca al-Qur'an tanpa wudhu'

    Boleh membaca al-Qur'an bagi orang yang tidak berwudhu' adalah ijma'. Berwudhu' itu adalah sunnah (Imam Nawawi, atTibyan, bab adab Tilawah)



    3. Wanita haidh baca al-Qur'an

    Pendapat muttakhir dari al-Albani (Tamam alMinnah), dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) bolehnya wanita haidh membaca al-Qur'an.

    Sebab utama: dalil hadis (dalam isu ini) adalah bermasalah.

    Walaupun pendapat muttakhir ini menyalahi Jumhur, tapi manhaj salaf, jumhur tidak semestinya benar. Kebenaran ialah bila terbukti dasar dan pegangan jumhur berjaya dibedah siasat semula dan kecacatan dalilnya dikenalpasti.

    ReplyDelete
  5. sila lihat komen di

    http://alanwartajudin.blogspot.com/2009/06/membaca-al-quran-tanpa-wuduk.html

    ReplyDelete
  6. Saya menjawab :
    assalamualaikum w.b.t saudara anuar. Ana bukan nak berdebat. tapi cukuplah sekadar mengingatkan. - Di Malaysia, kita menggunakan hukum tidak boleh membaca al-quran semasa haid atau tidak suci, tapi tahukah kamu sejarah hukum ini?. - ini sekadar cerita saya disebabkan saya juga disampaikan oleh seseorang yang telah mempelajari dari sekolah pondok besar di Indonesia. - Suatu masa dahulu Acheh merupakan pusat pengembangan Islam terbesar di Nusantara dengan kedatangan Islam amat dikagumi. Sekarang, salah satu sebab mengapa Acheh tsunami adalah disebabkan percampuran Agama dan akidah yang tidak begitu teguh walaupun Islam masih bertapak dan tahukah kamu bagaimana boleh jadi Begitu. Di waktu keruntuhan Acheh terdapat seorang ulama yang dilantik yang datangnya dari bahagian Eropah/Arab yang dilantik Acheh untuk menjadi mufti. Beliau merupakan seorang Kristien dan mempelajari Al-Quran semata-mata untuk menghancurkan Islam. - beliau senantiasa mencari jalan untuk menjadikan umat Islam terpesong. Setelah dikaji kekuatan islam itu bertunjangkan al-quran dan al-hadith, maka banyak fatwa beliau menggunakan sumber ini. - Maka salah satu agenda beliau adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada al-quran dan fatwa ini adalah salah satu caranya, iaitu beliau menyebut wanita yang haid dan mereka2 yang tidak berwuduk tidak boleh membaca al-quran. Dengan cara ini akan datang kepayahan dan umat islam semangkin jauh daripada al-quran. - lalu beliau menganjurkan surah al-waqiah (cuba lihat tafsir surah waqiah sebenarnya, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci- dan anta kene lihat rumusan dan perenggan surah tu-bukan ayat itu sahaja, ia untuk makhluk suci sperti malaikat - ini pendapat dr yusof qordawi)dan hadith2 yang tuan berikan tadi bukanlah hadith sohih. sebaliknya ada sahih bukhari yang lain yang membenarkannya. - ana telah melihat perkara ini dan musykil semenjak 10 tahun lalu, tatkala itu ana sedang dalam proses hafalan al-quran. lalu tertanya2 banyak perkara: ana harap anta dapat memikirkan persoalan2 ini : 1. Adakah sampai begitu susah untuk membaca al-quran dan mendalaminya? 2. Ana telah bertanya Ustaz di Malaysia dan mereka berkata membaca quran tidak boleh, tetapi membaca quran yang ada tulisan melayu (makna itu dibolehkan), ana tertanya bagaimanakah untuk di negara arab? mestilah diorg takde quran yang maksudnya sekali? 3. Tatkala ana mempelajari untuk menghafal al-quran (ana kerapkali buang angin - ini salah satu keadaan ana yang kerapkali buang angin even selalu tatkala ingin sembahyang) lalu ana senantiasa mengambil wuduk disebabkan quran senantiasa di sisi, apabila ambil wuduk, biasalah di tempat2 lain di dalam tandas, dah satu lagi kesalahan untuk ana bawa quran di dalam tandas, ana nak keluarkan x boleh, sebab ana berhadas? masa tu ana x tau apa2 lagi, just ikut ustaz2 malaysia kata. 4. Di Indonesia, mereka menganuti Islam berdasarkan ulama, bukan kerajaan mereka, maka terdapat percanggahan tetapi disebabkan Indonesia itu besar, ajaran drpd. Acheh tatkala itu belum sampai, maka apabila fatwa itu dikeluarkan, masih ada tempat2 yang menggunakan ajaran asal lagi (yang hakiki). 5. Kemudian, isteri ana yang tidak membaca al-quran tatkala haid, dan ana cuba membuka minda mereka. "Awak baca al-quran tatkala haid tak boleh, tetapi tengok tv yang buka aurat boleh... maksudnya macam ni ... buat perkara baik tak boleh, tapi buat perkara laqa boleh!" - salah satu pendapat ulama malaysia mengatakan harus melihat tv kerana darurat dan juga untuk kebaikan dan lebih kepada kebaikan - contohnya berita television. - apa pendapat tuan? nanti saya kemukakan hujah lebih tegas berkaitan! harap kita sama2 dapat berbual untuk kemajuan Islam.

    ReplyDelete
  7. Ulama’ yang Menyesatkan Ummat
    Posted on 17 Juli, 2009 by artikelislami
    “Aku heran dari (perbuatan) orang yang menjual kesesatan dengan petunjuk!
    Dan aku lebih heran dari orang yang membeli dunia dengan Agama”
    Itulah kurang lebih ungkapan dua bait syair yang menggambarkan tentang keberadaan dua golongan pengacau da’wah dan perusuh di kalangan umat.
    Mereka tiada lain adalah para bandit-bandit da’wah, yang zhahirnya berbicara tentang agama tetapi kenyataannya justru jauh memalingkan umat dari agama, mereka tiada lain adalah para calo-calo da’wah yang senantiasa mengabaikan dan menjual prinsip-prinsip agama demi untuk menggapai kelezatan dunia.
    Sungguh mereka adalah orang-orang yang telah dinyatakan dalam sabda Rasulullah saw, “Di malam hari saat aku isro’, aku melihat suatu kaum di mana lidah-lidah mereka dipotong dengan guntingan dari api” – atau ia (Rasulullah) berkata, “dari besi. Aku bertanya siapa mereka wahai Jibril? Mereka adalah para khatib-khatib dari umatmu!” (H.R. Abu Ya’la dari sahabat Anas bin Malik radliyallahu ‘anhuma).
    Mereka adalah para da’i dan ulama-ulama su’ yang telah Allah beberkan keberadaannya. Allah berfirman, “Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab. Dan mereka mengatakan ia (yang dibacanya itu datang) dari sisi Allah, padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui.” (Q.S. Ali Imron: 78).
    Dan Allah juga berfirman, “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami, kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaithon (sampai dia tergoda) maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.”
    “Dan kalau kami menghendaki, sesungguhnya kami tinggikan derajatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, maka ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (Q.S. Al A’raf: 175-176).
    Rasulullah saw mengistilahkan mereka ulama su’ dengan sebutan “para dai yang berada di tepi pintu-pintu neraka”. Beliau peringatkan kita dari keberadaan mereka sebagaimana dalam sabdanya, “… Dan sesungguhnya yang aku takutkan atas umatku ialah para ulama-ulama yang menyesatkan.” (H.R. Abu Daud dari sahabat Tsauban ra).
    Adapun sahabat Umar ibnul Khaththab beliau mengistilahkan mereka dengan sebutan “al munafiq al alim”, ketika ditanya maksudnya, beliau menjawab “aliimul lisaan jaahilul qolbi!” (pandai berbicara tetapi bodoh hatinya).

    ReplyDelete
  8. Allah swt dan rasul-Nya tetap akan menjaga agama ini dari upaya penyesatan yang dilakukan oleh para ulama dan dai-dai sesat, sehingga kita dibimbing oleh Allah untuk senantiasa bersikap antipati dari seruan dan fatwa-fatwa mereka. Perhatikanlah peringatan-peringatan Allah berikut ini agar menjauh dan tidak mengikuti fatwa-fatwa mereka:
    Pertama: “Hai orang-orang yang beriman sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang bathil dan mereka menghalang-halangi manusia dari jalan Allah.” (Q.S. At Taubah: 34).
    Kedua: “Hai orang-orang yang beriman jika kamu mengikuti sebagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir setelah kamu beriman.” (Q.S. Ali Imron: 100).
    Ketiga: “… Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (Q.S. Al Maidah: 49).
    Keempat: “Dan demikianlah kami telah menurunkan Al Qur’an itu sebagai peraturan yang benar dalam bahasa Arab dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap siksa Allah.” (Q.S. Ar Ra’d: 37).
    Kelima: “Kemudian kami jadikanlah kamu berada suatu syari’at dan urusan agama, maka ikutilah syari’at itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (Q.S. Al Jaatsiyah: 18).
    Keenam: “Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zhalim.” (Q.S. Al Baqoroh: 145)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualiku,saudaraku sungguh indak kata kata alloh yg keluar dari lisan mu,,allohuakbar,semoga anda sukses di dunia dan akhirat bersama smua keluargamu dan keturunanmu,aminn

      Delete
  9. ana tidak memperkatakan tentang ulama jumhur yang sepakat mengenai pembacaan al-quran ini. tetapi bagi ana, ana rasa sejarah ana sendiri telah menyebabkan ana terasa adakah Islam itu begitu sukar? jawapannya pasti tidak! ... dan kesukaran yang dibentuk itu adalah antara penyebab umat islam hanya ramai umpama buih di lautan tetapi amat lemah "di akhir zaman kelak! umat-umatku amat banyak seperti buih di lautan, tetapi lemah" hadith nabi.

    -- > sehubungan dengan itu, ana juga tertanya suatu perkara. sekarang ini pihak kafir quraisy sibuk mengkaji alquran terutamanya di US yang memiliki Institusi Pengajian Al-Quran. Mereka itu sewenang2nya dan sepuas2nya dapat mengkaji al-quran dan menggunakan banyak faedah daripadanya (salah satu menyesatkan kita dengan aminah wadud) sedangkan umat islam begitu terkekang dengan pengkajian Al-Quran. ADAKAH INI TUJUAN QURAN DITURUNKAN UNTUK UMAT ISLAM??? mari kita berfikir disebabkan nabi hendak kita senantiasa berfikir. Kadang-kala kita terlalu taksud dengan perkara ini (pendapat2) tetapi kita terlupa realiti Islam itu macamana!....

    SEKARANG KITA PATUT TAHU MENGAPA ULAMA TERULUNG DUNIA (SYEIKH DR YUSOF QARDAWI) MENGATAKAN ITU DIBOLEHKAN! kalau tak puashati boleh tanya beliau sebab beliau masih hidup, tak seperti yang lain, semuanya telah tiada. Baik tanya selagi ada hayat ni. InsyaAllah.... Allah itu Maha Adil, dan jika kita tersalah.. kita mohon Ampun dari Allah.. INGAT! kesalahan tu sebenarnya datang juga dari Allah, cuma dizahirkan kepada kita Insan yang lemah. SubhanAllah.

    ReplyDelete
  10. Saya tinggal di negara yang tak banyak Muslim. So, kebanyakkan kawan saya mmg tak tahu pasal Islam. Lepas time office, saya selalu baca Quran. Tiba2 rakan sekerja saya masuk dalam ofis kemudian datang dekat saya, time tu saya baru nak baca Quran. Dia tanya, "buku apa ni?" lepas tu dia pegang Quran kemudian dia selak-selak muka surat. Dalam hati saya, saya hendak menegah dia daripada berbuat begitu tapi...... Saya ada sense something wrong kalau saya prevent dia daripada pegang Quran.

    Saya nie bukannya Arif sangat pasal Al Quran and Hadith nie tp it doesnt make sense la kalau hanya segelintir orang saja yakni muslim dan berwuduk yang boleh pegang Alquran.

    Saya takda apa2 Hadith atau ayat dari Quran utk nak backup statement saya tp intuition saya mengatakan Quran adalah untuk sekelian Manusia asalkan si pemegang nie, pegang dengan hormat.

    Lagi satu, kalau non Muslim tak bole pegang Quran, kan susah nak propagate Al-Quran???

    isu Non Muslim masuk Masjid..... Kenapa sesetengah Ulama/Ustaz tak bagi Non Muslim masuk Masjid? Banyak kawan saya teringin nak masuk masjid tp tak boleh becoz Kafir ni berhadas dan considered Najis. Macam mana nak propagate Islam kalau ada restrictions macam nie? tak kenal maka tak cinta atau saya nie terlalu kritikal...

    Article blog ni sedikit sebanyak dapat menjawab sedikit persoalan saya

    ReplyDelete
  11. sy penah dengar dari ustz2 pengajian...dan kesimpulan sy petik..

    -Membaca al-qur'an dan mendengar tilawah qur'an baik dalam keadaan haid atw nifas itu hukumnya bole...Tapi tidak boleh menyentuh atw memegang al-qur'an tersebut jikalau dalam keadaan haid atw nifas.

    -sedangkan hukum mnyentuh dan memegang alqur'an tanpa wudhu' itu tidak bole berdasarkan dalil ; laa yamassuhu illal muthahharuunn...akan tetapi jikalau dalam keadaan belajar atw dalam majlis ta'lim itu bole2 saja tanpa berwudhu tp afdhalnya dengan berwudhu....

    -permasalah kerapkali buang angin ketika menghafal alqur'an..bole saja ia tidak berwudhu sebab itu ada Rukhsah baginya yaitu keringanan bagi dia...
    islam itu mudah wahai saudara2ku...

    wallahu a'lam bishshawab..

    ReplyDelete
  12. Saya berpegang kepada pendapat yang membolehkan Al-Quran dipegang tanpa wudhu'. Bagi saya ia adalah suatu khilaf yang boleh dimaafkan sebagaimana beberapa maghzab yang melahirkan pendapat-pendapat yang berbeza dan dimaafkan.

    Secara ringkasnya apabila ayat pertama dibawa turun dari Luh Mahfuz oleh Jibril as kepada Rasulullah saw, maka Jibril as minta Rasulullah saw membacanya. Setelah disuruh beberapa kali Rasulullah saw tidak dapat membacanya, dan sememangnya Rasulullah saw tak pandai membaca, maka Rasulullah saw diminta menghafal setiap ayat yang 'dibunyikan'

    Al-Quran sememangnya disampaikan dalam bahasa Arab tetapi tiada siapa dapat memastikan bentuk tulisan asal yang diturunkan dari Luh Mahfuz itu. Setelah beberapa peritiwa berlaku, di atas sebab-sebab yang kukuh maka Al-Quran ditulis dan dibukukan.

    Bagi saya 'buku' Al-Quran itu merupakan suatu kaedah untuk menerangkan caramana setiap ayat itu harus dibunyikan. Ia ditulis oleh orang-orang yang pandai menulis mengikut tulisan bahasa Arab ketika itu. Tulisan itu kemudiannya diubah bentuk dan diletakkan tanda oleh orang-orang terkemudian bagi memudahkan orang untuk membacanya. Malah sekarang sudah ada Al-Quran diterjemahkan dalam bentuk Braille dan diajarkan kepada orang-orang yang tiada penglihatan.

    Al-Quran sahaja kalau diletakkan ditengah-tengah rumah atau mana-mana ayatnya digantung di dinding-dinding rumah tidak akan dapat dimanfaatkan apa-apa darinya samada dalam bentuk percetakan, tulisan khat ataupun dalam bentuk ukiran, melainkan setelah dibacakannya. Apakah perlu berwudhu' untuk memegang Al-Quran yang dizahirkan dalam berbagai bentuk?

    Sepertimana penerangan saudara Mahdzer, bagaimana juga Al-Quran itu dapat dikaji dan didalami oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani zaman dahulu sekiranya Al-Quran itu hanya boleh dipegang oleh orang-orang yang berwudhu'?

    Sebenarnya ini adalah suatu pendapat yang menjadi pegangan bagi orang-orang yang yakin dengannya.

    Wallaahu A'laam

    ReplyDelete