Monday, March 9, 2009

Tariq Ibnu Al-Jazari

Nama sebenar beliau ialah Mohamrd Ibn Mohamed Ibn Ali Ibn Yusof al-Umri al-Dimashqi.Beliau lebih dikenali sebagai Ibn al-Jazari.
Ibn al-Jazari lahir pada malam sabtu 25 Ramadhan 751 H di Damsyik. Meninggal pada tahun 833 H. Bapanya adalah seorang ahli perniagaan dan sangat mengambil berat tentang ilmu. Beliau telah memberi didikan menghafaz al-Quran kepada Ibn al-Jazari secara bertajwid. Disamping itu Ibn al-Jazari juga ada mempelajari ilmu-ilmu lain seperti hadis dan feqah.
Ibn al-Jazari hidup pada akhir kurun ke 7 H dan permulaan kurun ke 8 H di Damsyik. Damsyik ketika itu merupakan pusat pemerintahan kerajaan Mamalik. Mamalik merupakan segolongan tawanan yang terdiri daripada orang Turki, Jarakisah dan Monggul.Mereka didatangkan sebagai askar bagi mengekalkan kuasa kerajaan Auyubiyyun. Mereka adalah seperti pegawai keselamatan yang khusus menjaga kerajaan.
Di kalangan pemerintah dan rakyat,aktiviti keagamaan sangat diberi perhatian dan tanggungjawab. Hal ini dapat dilihat dengan terdirinya masjid,masjid, madrasah-madrasah dan juga halaqah-halaqah ilmu. Perkembangan agama sangat aktif disebabkan faktor peperangan agama iaitu melawan Tatar dan juga peperangan salib.
Justeru itu banyaklah penulisan-penulisan kitab dihasilkan oleh ulamak. Antara ulamak yang tersohor ialah Iz abdul Salam (577 – 660 ),al- Nawawi ( 631 – 676 ), Ibn Taimiyah (661- 728), Ibn Jamaah (639 – 733), al-Muizzi (742), Ibn Qudamah (705 – 744), al-Zahabi (673 – 748), Ibnu Qayyim al-Jauzaiah (691 – 751), Ibn Kathir (701 – 774), Ibn Hajar (774 – 852),dan ibn al-Jazari adalah seorang ulamak yang namanya sebaris dengan mereka yang di atas. Sebahagian daripada mereka itu adalah guru kepada al-Jazari.
Ibn al-Jazari bermula pengajiannya dengan menghafaz al-Quran,ketika berusia 13 tahun.Antara gurunya ialah Syeikh Abi Mohamed Abd Wahab, Syeikh Ahmed Ibn Ibrahim al-Tham,Syeikh Ahmad Ibn Rajab.Mereka ini mempunyai kepakaran dalam pengajian ilmu Qiraat.Manakala Syeikh Ibrahim al-Hamami dan Abi al-Ma’li Mohamed Ibn Ahmad al-Lubnan adalah gurunya yang memberi tunjuk ajar dalam tujuh Qiraat.
Pada tahun 768H , Ibn al-Jazari telah pergi menunaikan haji di Mekah, ketika itu telah membaca dihadapan imam dan khatib masjid nabi Abi Abdillah Mohammad Ibn salih al-Khatib melalui kitab al-Taisir dan al-Khafi. Pada tahun 769H, beliau bermusafir ke Qaherah,Mesir.Di sana beliau telah membaca 12 Qiraat daripada Syeikh Abi Bakar Abdullah al-Junaidi. Disamping itu beliau juga mempelajari dari Abi Abdillah Mohd Ibn al-Sigah dan Abi Mohamed Abdurrahman Ibn al-Baghdadi melalui kitab al-Unwan, al-Taisir dan al-Syatibiya. Setelah tamat pengajian,beliau kembali ke Damsyik.
Beliau telah pergi ke Mesir untuk kali kedua, di sana beliau membaca sepuluh Qiraat daripada Ibn al-Saigh, manakala Ibn al-Baghdadi beliau telah membaca empat belas Qiraat tidak termasuk Qiraat al-Yazidy.
Setelah pulang dari Mesir,Ibn al-Jazari telah mengkhatamkan 7 Qiraat dihadapan gurunya Ali al-Qadhi Abi Yusof Ahmad Ibn al-Huzim al-Hanafi. Beliau teruskan pengajiannya untuk kali ketiga di Mesir.Kali ini beliau membaca dihadaapan Syeikh Abdul Wahab al-Qurawi melalui kitab al-iklan dan lain-lain.Kemudian beliau meneruskan perjalanan ke Iskandariyah dan membaca Qiraat dihadapan Qari yang tersohor ketika itu iaitu Ibn al-Damamini.

Keistimewaan-keistimewaan al-Jazari

Kedudukan al-Jazari dalam ilmu Qiraat sangat dipandang tinggi,samada pada zamannya atau sesudah zamannya.Ia bukar sekadar secara kebetulan semata-mata tetapi is adalah usaha beliau yang berterusan dengan mempelajari dari banyak guru dan sanggup bermusafir dari sudut negeri ke negeri untuk berjumpa dan membaca al-Quran dihadapan guru. Namanya terus diingati hingga kehari ini. Antara pujian dan penghormatan ulamak yang diberikan kepadanya adalah seperti berikut:
Al-Shakawi “Ibn al-Jazri,unggul dad satu sudut tinggi periwayatan, menghafaz hadith,alim tentang al-Jarh Wa al-ta’dil, mengetahui perihal perawi-perawi yang terdahulu dan kemudian.
Al- Sayuti berkata “Ibn al-Jazari adalah seorang al-Hafiz, al-muqri dan Syeikh al-Quran dizamannya”. Beliau juga berkata “Ibn al-Jazari adalah imam dalam Qiraat yang tiada tandingan pada zamannya didunia ini”.
Al-Malla Ali al-Qari berkata” al-Allamah,Syeikh al-Islam untuk orang-orang Islam,penyudah seluruh al-Hafiz dan al-Muhadithin”.
Al-Dabbagh berkata” Sesungguhnya kitab al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr adalah khabar gembira,dalil yang jelas,menunjukkan penulisnya seorang yang bijak dan tinggi kedudukannya.Sehinggalah beliau digelar Imam al-Muqrinin,penyudah segala al-Hafizin al-Muhaqiqin. Beliau juga adalah Imam al-Hujjaj,al-Thabt,al-Muhaqiq Syeikh al-Islam.

Sumbangan dan Penulisannya

Pada tahun 774H, Abu al-Fida Ismail Ibn Kathir telah mengizin dan mengijazahkan Ibn al-Jazari untuk berfatwa. Ijazah Fatwa juga telah diberi oleh Diya ai-Din al-Qazuwaini pada tahun 775H. Pada tahun785H,Syeikh ai-Islam dan al-Bulaqimi juga telah mengijazah beliau untuk berfatwa. Ibn al-Jazari mula mengajar al-Quran di Janu’bani Umaiyah.Beliau juga merupakan pakar rujuk di Adiliyah,Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah,Turbah Umi al-Salih.
Ibn al-Jzari juga merupakan ulamak yang maengkayakan perpustakaan Islam dengan penulisan-penulisan yang berharga.Penulisannya meliputi hadith,al-Quran dan al-Qiraat. Akan tetapi bidang Qiraat merupakan bidang yang banyak dihasilkan berbanding ilmu-ilmu Islam yang lain. Sebahgian penulisannya telah diterbitkan dan banyak lagi penulisannya dalam bnetuk manuskrip yang belum dicetak.
Antara kitab-kitabnya yang mashyur adalah seperti berikut:
Al-Nasyr Fi Al-Qiraat Al-A’syr : Kitab ini mengandungi riwayat al-Quran yang sahih.Di dalam kitab ini terrdapat bacaan sepuluQurra.Setiap Imam disebut dua perawi,setiap perawi disebut dua tariq.Setiap tariq disebut dua sumber iaitu magrhibiyah dan masriqiyah dan iraqiyah.
Taqrib Al-Nasyr Fi Al-Qiraat Al-A’syr: Kitab ini adalah ringkasan bagi itab al-nasyr. Kandungannya ialah imam-imam, tariq-triq yang mashyur dan sah disisi ulamak terdahulu.
Ghayah Al-Nihayah Fi Tabaqat Al-Qurra: Kitab ini mempunyai dua jilid, ringkasan kepada kitabnya “ninayah alDirayat Fi asma Rijal al-Qiraat”.Merupakan rujukan terpenting dalam pengenalan Qurra.
Tayyibah Al-Nasyr Fi Qiraat Al-Asyr: Kitab ini berbentuk matan,mengandungi 1000 bait syair tentang qiraat sepuluh mutawatirah yang diriwayat dari Rasulullah.bBeliau telah mengikut method yang dibuat oleh Syatiby bagi memudahkan pelajar memahami,menghafaz ilmu ini.matan ini telah disyarah oleh Ulamak. Antara mereka ialah penulisnya sendiri (Ibn al-jazari), anaknya Muhamad (780-859), Syeikh Mohammad al-munir ibn Hasan alSamanawdi (1099-1199H).
Munjid Ai-Muqrien Wa Mursyid Ai-Talibin: Kitab ini adalah kitab yang terunggul dalam bidangnya.Penulis kitab ini telah menghurai panjang lebar untuk mempertahankan ilmu Qiraat. Kandungannya juga ada sebut tentang 3 Qiraat yang mempercukupkan 10 Qiraat iaitu Qiraat Abi Jaafar, Ya’kub dan Khalaf. Beliau telah membuktikan bahawa 3 Qiraat itu adalah mutawatir.
Matan Al-Durrah Al-Mudhiyyah Al-Qiraat Al-Thalathah Al-Mutamimah Li Aia’Syarah: Kitab ini ditulis dalam bentuk syair.Jumlahnya 241.Selesai ditulis pada tahun 823H iaitu ketika lawatannya ke U’naizah di Najd. Rujukan utama Matn ini ialah melaui karangannya juga iaitu Tahbir al-Taisir. Pada tahun 1414H cetakan Matn ini disahkan oleh Syeikh Mohamed Tamim al-Zubi dan diterbitkan oleh Maktabah dar al-Huda.
Kepentingan Matn ini begitu tinggi dalam ilmu Qiraat dan menjadi sebab bebrapa ulamak telah menghasilkan Syarah,antara mereka ialah:
Syarh al-Imam al-Zubaidy (848H)
Syarh al-Imam Nuwairy (897H)
Syarh al-Imam Samanawdy



Tiga Qurra pilihan Ibn Jazari

Ibn Jazari telah melakukan penyelidikan terhadap wajah-wajah bacan al-Quran. Penyelidikan itu merangkumi dan mengenalpasti sesuatu bacaan itu sahih atau sebaliknya. Jika dilihat kepada penerimaan Qiraat,ia bermula dengan ijtihad Ibn Mujahid (324H) dengan memilih tujuh Qurra dan setiap Qurra mempunyai dua perawi. Selepas hamper 400 tahun, kaummuslimin beramal dengan pandangan ilmu Mujahid,lahir seorang tokoh yang menambah bacaan tersebut dari Qari 7 Qiraat kepada 10 Qiraat.
Penambahan 3 Qiraat lagi adalah berdasarkan kepada penyelidikan yang berasas kepada ilmu yang mendalam dan amat teliti. Penambhan 3 Qurra iaitu Abu Jaafar, Ya’akub dan Khalaf masih menepati 3 rukun Qiraat yang dibuat oleh Ibn Mujahid. Tiga rukun Qiraat ialah,pertama Sanad yang sahih, kedua menepati tulisan rasm Othmani dan ketiga menepati wajah bahasa arab yang fasih.
Tiga Qurra yang dipilih adalah seperti berikut:
Abu Jaafar al-Madani
Beliau ialah Abu Yazid ibn Qaqa’ al-Makhzumi.Guru-guru beliau dalam bidang al-Quran ialah Abdullah ibn A’isyah, Abdullah ibn Abbas dan Abu Hurairah. Ketiga-tiga sahabat ini mempelajari dari Uabay ibn Kaab.Abu Hurairah dan Ibn Abbas mempelajari dari Zaid ibn Thabit.Manakala Zaid ibn Thabit dan Ubay ibn Kaab mengambil bacaan dari Rasulullah. Dua orang perawinya ialah Ibn Wardan dan Ibn Jammaz.
Yaakub al-Hadrami
Beliau ialah Ya’akub ibn Ishak ibn Zaid Abdillah Ibn Abi Ishaq al-Hadrami al-Basri. Antara guru-gurunya ialah Abi al-Munzir Sallam ibn Sulaiman, Abu Yahya, Mahdi ibn Maimun. Ya’akub juga mempelajari dari Hamzah dan al-Kisai.Gurunya Sallam telah mempelajari dari A’sim dan Abi Amru. Dua perawinya ialah Ruwais dan Raul.
Khalaf
Beliau ialah Khalaf ibn Hisyam ibn Tha’lab ibn khalaf al-Asadi. Lahir pada tahun 150H dan menghafaz al-Quran dalam usia 10 tahun. Dalam bidang al-Quran, beliau mempelajari dari Sulaiman ibn Isa dan Abdurrahman ibn Hamad yang mempelajari dari Hamzah. Ibn Asytah berkata” Khalafh mengambil dan berpegang dengan mazhab Hamzah tetapi terdapat 120 tempat yang berbeza dengan gurunya. Beliau gurunya Ibn al-Jazari telah mengkaji pilihan Khalaf tersebut dan mendapati tidak terkeluar dari bacaan orang-orang Kufah,bahkan tidak ada perbezaan yang ketara dengtan bacaan Hamzah,Kisai dan Syukbah kecuali pada ayat ( وحرام على قرية )
Al—an biya. Beliau membaca seperti Hafs dan Khalaf .Meninggal pada tahun 229H. Dua perawinya ialah Ishaq dan Idris.

No comments:

Post a Comment