1.1 Konsep Rasm Uthmani dan Sejarahnya
1.1.1 Pengertian Rasm
Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.
1.1.2 Pengertian Rasm Uthmani
Rasm Uthmani ialah suatu ilmu yang membicarakan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang digunakan dan telah dipersetujui oleh Saidina Uthman ketiha penyalinan dan penulisan Al-Quran. Ia juga dikenali sebagai Rasm Mushaf yang dikirim kepada berbagai daerah dan bandar di bawah taklukannya. Formasi atau bentuk penulisan Al-Quran dalam mushaf-mushaf Uthmani terdapat beberapa kelainan daripada bentuk-bentuk penulisan Bahasa Arab secara konvensional atau sebagaimana kebiasaannya.
1.1.3 Hukum mempelajari Rasm Uthmani
Hukum mempelajari Rasm Uthmani adala fardhu Kifayah.
1.1.4 Keistimewaan Rasm Uthmani
1. Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Bukan Taufiqi
Ia adalah Rasm bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung oleh Rasulullah S.A.W. Lebih meyakinkan kita setiap apa yang dikhabarkan kepada rasul, sudah tentu datang daripada Allah. Penulisan Al-Quran seperti itu juga berterusan pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman sehinggalah pada zaman selepas itu.
2. Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran
Pembacaan Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran kepada pembacanya yang menepati rukun. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau ditolak.
3. Meliputi Tujuh Huruf
Tujuh huruf Al-Quran ini menjadi factor utama dan dasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan oleh Rasulullah kepadqa sahabat-sahabatnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang meliputi unsure-unsur seperti kata nama, perselisihan pada ikrab, cara tasrif, perselisihan mendahului atau mentakhir sesuatu huruf atau kalimah, ibdal, menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan juga perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, isymam dan sebagainya.
4. Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir.
Melalui sirah, nabi melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan malaikat Jibril a.s dan Zaid bin Tsabit, seorang sahabat yang rapat dengannya turut berada bersama dengannya. Oleh sebab demikian, Zaid telah dipertanggungjawabkan untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman untuk menulis berdasarkan pembentangan tersebut.
Dengan kajian konsep ilmu Rasm Uthmani ini, ianya dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Penulisan yang betul dan tepat adalah perkara yang penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.
Sambutan Maulidur Rasul 2013/1434H
-
Tema sambutan maulidur Rasul 2013 peringkat kebangsaan "WASATIYYAH TONGGAK
KESATUAN UMMAH"
11 years ago
t.kasih atas maklumat brhrga ini..
ReplyDeletesya ambil untuk rujukan assgmnt
smg dbrkati ilmu ini..
salam..
ReplyDeletetq, saya pun mengambilnya utk assgmnt gak.
klu ada blh, ada pandangan ttg HUKUM membaca quran gn rasm uthmani ni?
salam.......sya pun amik utk agsgment..nur bidayah tu org kedah ka...mgkin planduk 2 serupa,,mcm adk sekolah saya dulu ja
ReplyDeletesalam.. rujukn utk ana mengajar ahkam al quran stam. Smoga Allah membls y terbaik.
ReplyDeletesyukran jazilan atas maklumat yg diberi.
ReplyDeleteSalam. Maaf ye saya juga ambil artikel ni utk assignment. Terima kasih
ReplyDeleteAlhamdulillah ...dapat dijadikan rujukan utk assig.....Syukran Jazilan
ReplyDeletesaya pun sama, buat rujukan utk assigmt..tq
ReplyDeletesyukran :)
ReplyDeleteana ambik bahan anta letak dalam blog ana...
http://www.omaQ.org
ana amek tok rujukan assgment... shukran
ReplyDeleteSyukran kerana berkongsi... (^-^)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesyukran. mnta halal ilmu yer....
ReplyDelete