Monday, March 9, 2009

Tokoh-tokoh Imam Tajwid

i) Imam Asim

Bacaan al-Quran berasaskan kepada pengambilan daripada guru atau disebut
sebagai Talaqqi. setiap muslim mestilah mengetahui bahawa al-Quran
yang dibaca pada hari ini adalah hasil daripada sistem Talaqqi yang telah
dipraktikkan sejak zaman berzaman. Antara mereka yang terlibat dengan sistem
ini adalah Imam Asim.

Beliau ialah Asim bin Abi al-Najud al-Kufi. Nama bapanya ialah Abdullah dan
digelar Abu al-Najud. Manakala ibunya ialah Bahdalah dan Asim juga dikenali
sebagai Asim bin Bahdalah. Asim digelar dengan Abu Bakar al-Asadi al-Kufi.
Merupakan salah seorang ulama qurra’ yang seramai tujuh orang. Seorang tabi’in dan telah meriwayatkan daripada Abi Ramthah Rira’ah al-Tamimi dan al-Harith bin Hassan al-Bakri yang kedua-duanya merupakan sahabat Rasulullah s.a.w.

Imam Asim merupakan seorang ulama yang diakui keilmuannya sehingga
kepada beliaulah segala ilmu al-Quran terkumpul pada zamannya di Bandar
Kufah selepas Abu Abdul Rahman al-Sulami. Manusia pada zamannya
mengembara dari segala pelusuk dunia untuk menuntut ilmu daripadanya. Pada
Imam Asim terkumpul kefasihan dan ilmu Tajwid, ketekunan dan ketelitian.
Daripadanya telah diriwayatkan ilmu Qiraat oleh Hafs bin Sulaiman, Abu Bakar
Syu’bah bin ’Ayash dan kedua-duanya merupakan muridnya yang termasyhur.
Begitu juga murid-muridnya yang lain iaitu Abban bin Taghlab, Hammad bin
Salamah, Sulaiman bin Mihran al-’Amash, Abu al-Munzir Sallam bin Sulaiman,
Sahl bin Syu’ib, Syaiban bin Mu’awiyah dan ramai lagi.
Imam Asim meninggal dunia pada pengakhiran tahun 127H.

Kelebihan-kelebihannya

Imam Asim merupakan seorang Qurra’ amat yang tekenal dan mahir dengan
segala ilmu al-Quran. Merupakan seorang yang mempunyai suara yang amat
merdu apabila membaca al-Quran.

Berkata Syu’bah: Aku masuk kepada Asim, dan beliau dalam keadaan hampir
meninggal. Aku mendengar beliau mengulang-ulang ayat
ثم ردوا الى الله مولاهم الحق
Beliau membacanya dengan amat sempurna seumpama bacaannya di dalam
solat, kerana Tajwid di dalam pembacaan al-Quran adalah menjadi tabiat dan
kebiasaannya.

Sumbangan-sumbangannya
Sumbangan Imam Asim dalam perkembangan ilmu al-Quran dapat dilihat
melalui ramainya murid-murid yang menuntut ilmu ilmu al-Quran daripada
beliau. Antara mereka ialah Imam Hafs dan juga Imam Syu’bah. Melalui perawi
Imam Hafs bacaan Imam Asim telah berkembang dengan begitu luas ke serata
dunia umat Islam. Selain daripada itu, Imam al-Syatibi juga telah melakukan
pemilihan bacaan dalam riwayat Imam Hafs dan ini lebih melebarluaskan bacaan
Imam Asim.

ii) Imam Hafs

Sumbangan Imam Hafs dalam bacaan al-Quran adalah begitu besar.
Kebanyakan umat Islam di dunia pada hari ni membaca al-Quran dan
mencetaknya adalah mengikut riwayat Hafs.
Beliau ialah Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-
Asadi al-Kufi al-Bazzaz.

Riwayat Hidup dan Menuntut Ilmu

Hafs dilahirkan pada tahun 90H. Beliau mengambil ilmu Qiraat daripada Asim
yang merupakan ayah tirinya secara talaqqi.
Berkata al-Dani: Hafs mengambil Qiraat daripada Asim secara tilawah (bacaan).
Beliau pergi ke Baghdad dan mengajar serta membacakannya kepada manusia.
Kemudian menetap beberapa waktu di Mekah turut mengajar dan membacakan
kepada manusia.

Kelebihan-kelebihannya

Berkata Yahya bin Ma’in: Riwayat yang sahih daripada bacaan Asim adalah
riwayat Abi Umar Hafs bin Sulaiman. Berkata Abu Hisham al-Rifa’i: Hafs merupakan murid Asim yang paling alim dengan qiraat Asim, Beliau lebih rajih dan sahih daripada Syu’bah pada Dabt al- Huruf (meletakkan baris huruf-huruf al-Quran)

Sumbangan-sumbangannya

Hafs merupakan seorang ulama yang masyhur di dalam bidang Qiraat al-Quran.
Ulama-ulama terdahulu berperanan besar di dalam menyebarkan ilmu agama
Allah s.w.t. Begitu juga Hafs turut mempunyai ramai muridnya sebagai bukti
ketinggian ilmu dan sumbangannya kepada masyarakat Islam. Sumbangannya
melalui majlis-majlis ilmu, muzakarah, pengajaran dan sebagainya. Sehinggalah
ilmu Qiraat ini berkembang sampai ke hari ini.

Pada hari ini kebanyakan umat Islam menggunakan bacaan al-Quran mengikut
riwayat Hafs. Ini menunjukkan terdapat keistemewaan dalam riwayat ini
berbanding dengan riwayat-ruwayat lain. Antara keistemewaan riwayat ini ialah:



1. Sanad Imam Hafs bersambung dengan gurunya sehingga kepada
Rasulullah s.a.w.
2. Perawi-perawi sanad Imam Hafs adalah di kalangan ulama yang muktabar
dan dihormati pada zaman mereka.
3. Khilaf yang terdapat pada bacaan Imam Hafs adalah sedikit jika
dibandingkan dengan riwayat-riwayat lain seperti terdapat hanya satu
Imalah, satu Tashil, satu al-Raum atau al-Isymam, empat tempat Saktah
dan lain-lain.


iii) Imam Al-Syatibi

Nama al-Syatibi masyhur dan sering didengar sama ada dalam disiplin ilmu Tajwid atau ilmu Usul. Tetapi yang dimaksudkan disini ialah Imam al-Syatibi yangterkenal di dalam displin ilmu Qiraat atau Tajwid. Sumbangan besar Imam al-Syatibi dalam penyebaran ilmu al-Quran ialah melalui kitabnya Hirzu al-Amani
wa Wajhu al-Tahani.

Nama al-Syatibiy r.a ialah al-Qasim bin Fierruh bin Khalaf bin Ahmad al-Ruaini
al-Syatibiy al-Andalusi. Ia mempunyai dua gelaran iaitu Abu Muhamad dan Abu
al-Qasim.

Riwayat Hidup, Zaman Kemunculan dan Menuntut Ilmu

Al-Syatibiy dilahirkan di Syatibah iaitu satu kota yang mempunyai benteng yang
kukuh di timur Andalus. Ia terletak 56 kilometer dari kota Balansiyah. Penama
ini dilahirkan di akhir tahun 538 Hijrah dan ahli sejarah yang menulis
berkaitannya mengatakan bahawa ia adalah seorang buta. Tahun kelahiran dan wafat Shatibiy ialah antara 538 hingga 590 Hijrah. Dalam tempoh tersebut banyak kejadian penting berlaku antaranya ialah jatuh dan naiknya sesebuah kerajaan.beliau hidup dalam dua suasana berbeza iaitu Andalus dan Mesir.
Selain itu beliau juga amat menyukai ulama dan berusaha untuk mendampingi mereka. Di samping itu beliau juga menggalakkan ulama menulis dan mengarang. Dengan itu lahirlah ulama yang masyhur antaranya ialah Abu Bakar bin Tufail (meninggal pada tahun 581 Hijrah), Abu Wahid bin Rasyad (meninggal pada tahun 595 Hijrah). Tindakan yang dilakukannya juga telah memberi nafas baru kepada perkembangan majlismajlis ilmu di Andalus dan Maghrib dalam semua ilmu, khususnya Ulum al- Quran, Fekah dan Usul.

Beliau meninggal selepas solat Asar pada hari Ahad iaitu 28 Jamadil Akhir 590
Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin. Sembahyang jenazahnya diimamkan
oleh Abu Ishaq yang dikenali dengan al-’Iraqi. Beliau ialah Imam Jami’ Mesir
ketika itu. Usia al-Syatibiy ketika wafatnya ialah 52 tahun.

Keperibadian, Kelebihan dan Sumbangannya
al-Syatibiy mempunyai keperibadian yang tinggi sesuai dengan kedudukannya
sebagai guru al-Quran dan tempat rujukan di Mesir dan dunia Islam. Antara
keperibadian dan kelebihannya yang dapat dikutip melalui penulisannya dan
pujian ulama sezamannya adalah seperti berikut:-
(i) Ikhlas
Ramai dikalangan ulama memujinya dengan sifat ikhlasnya dalam
perkataan dan perbuatan sehinggalah ia tersenarai dalam sejarah Islam.
Diriwayatkan bahawa beliau pernah berkata: Tidak ada seseorang yang
membaca syairku ini melainkan Allah s.w.t. akan memberi manfaat
kepadanya lantaran aku menyusunnya kerana Allah s.w.t. dan ikhlas
dalam penulisan tersebut.
(ii) Mempunyai Ingatan yang Kuat
Al-Syatibiy menguasai beberapa ilmu. Faktor penguasaan ilmu tersebut
kerana beliau memiliki daya hafazan yang kuat dan ingatan yang mantap.
Daya ingatannya yang kuat membuatkannya mengatasi kawan-kawan dan
setiap ilmu yang dipelajari dapat dikuasainya dengan baik.
(iii) Sifat Wara’
Mengenai sifat wara’ al-Syatibiy, Abu Syamah telah berkata, guru kami
Abu al-Hassan Ali bin Mohamad al-Sakhawi r.a. telah memberitahu kepada
kami, bahawa sebab perpindahan al-Syatibiy ke Mesir ialah kerana ia
diarah memegang jawatan sebagai penceramah di Syatibah. Beliau menolak
tawaran tersebut dengan berhujah beliau akan ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji.

(iv) Sifat Sabar
Al-Syatibiy telah diuji dengan ujian hilang penglihatan. Namun beliau tetap
bersabar dengan mementingkan keredhaan Allah s.w.t. Meskipun tidak
dapat melihat dengan mata tetapi penglihatan beliau begitu jauh dalam
urusan ilmu dan agama.
Sifat sabar al-Syatibiy juga dapat dilihat ketika beliau mengalami kesakitan,
beliau tidak mengadu dan meronta kesakitan.

(v) Beradab dengan Ulama
Antara paparan yang dilihat mengenai sifat beradab al-Syatibiy bersama
ulama ialah adabnya bersama Imam Abi Amru al-Dani pengarang kitab al-
Taisir. Al-Syatibiy telah mengarang dan mengolah matan qiraatnya Hirzu
al-Amani bersumber dari Kitab al-Taisir ini. Meskipun al-Syatibiy telah
mengolah dengan amat baik matannya itu dan diakui oleh ulama namun
beliau tidak melihat dirinya mengatasi Abi Amru dan beliau juga melihat
matannya juga tidak mengatasi al-Taisir.

(vi) Sifat Mulia
Al-Syatibiy r.a. mengadakan majlis pengajian selepas sembahyang subuh
hinggalah ke solat zohor. Sepanjang tempoh tersebut beliau mengajar dan
mendengar bacaan pelajarnya. Antara sikap beliau ialah melarang keras
pelajarnya bercakap disamping hal-hal yang tidak ada kaitan dengan ilmu.
Keperibadian Imam al-Syatibi
Ketika berada di Kaherah, al-Qadi al-Fadil telah meminta al-Syatibiy mengajar al-
Quran di sekolahnya yang bernama al-Fadhiliyah. Bintang al-Syatibiy bersinar di
Kaherah dan Mesir keseluruhannya. Beliau menjadi guru al-Quran di Mesir dan
diatur oleh semua pihak. Pelajar-pelajarnya datang dari setiap pelusok Mesir dan
negara Islam lain untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam khususnya Qiraat Tujuh.
Al-Syatibiy amat mengambil berat tentang Qiraat Tujuh dan pengajarannya lebih
tertumpu kepada pelajaran Qiraat Tujuh.

Kepintaran al-Syatibiy dan kelebihan yang dimilikinya adalah menjadikan al-
Syatibiy tempat rujukan ulama dalam ilmu qiraat di Mesir. Sebelum al-Syatibiy
mengarang syairnya Hirzu al-Amaniy dalam Qiraat Tujuh.

Pentadbikan Bacaan Khusus Hafs Toriq Al-Syatibi
Wajib ke atas semua yang membaca al-Quran dengan riwayat Hafs daripada
Asim dengan toriq al-Syatibiyyah untuk memastikan bacaannya menepati
beberapa perkara yang akan diterangkan. Ini adalah supaya tidak berlaku
percampuran antara toriq-toriq yang lain. Jika percampuran ini berlaku, ia
merupakan suatu keaiban di sisi ulama Qurra’. Di antara perkara-perkara utama
di dalam bacaan riwayat Hafs toriq al-Sytibiyyah:

1. Al-Takbir ( lafaz Allahu Akbar) lafaz al-Takbir tidak ada pada akhir surah
al-Dhuha sehinggalah ke akhir mushaf (akhir al-Quran) mengikut toriq ini.

2. Dipanjangkan al-Mad al-Munfasil dengan kadar empat atau lima harkat.
Panjang yang paling utama dan afdal ialah empat harkat.

3. Dipanjangkan al-Mad al-Muttasil dengan kadar empat atau lima harkat.
Panjang yang paling utama dan afdal ialah empat harkat.

4. Diidghamkan Nun Sakinah dan tanwin pada huruf lam dan ra’ tanpa
dengung.

5. Imam Hafs tidak akan melakukan Saktah kecuali pada empat tempat yang
akan diterangkan kelak.

6. Diizharkan nun selepas daripada wau pada lafaz (( يس)) dan (( ن )) ketika
dibaca secara wasal dengan kalimah selepas daripadanya. Tiada idgham di
antara nun dan wau pada kalimah (( يس والقران الحكيم )) Surah Yasin: 2 dan pada kalimah (( ن والقلم وما يسطرون )). Surah al-Qalam: 1

7. Harus pada kalimah (( سلا سلا )) Surah al-Insan: 4, ketika waqaf dibaca
dengan dua wajah:

a) Hazaf (membuang) iaitu membuang huruf alif yang terakhir dan waqaf
pada kalimah ini dengan sukun huruf lam.

b) Isbat (menetapkan) huruf alif.
Akan tetapi ketika wasal dibaca secara hazaf sahaja.

8. Harus pada kalimah (( ضعف )) dan kalimah (( ضعفا )) pada firman Allah
Taala: Surah al-Rum: 54.
Dibaca dengan dua wajah iaitu dengan baris atas huruf dhad 􀎽 atau baris
hadapan. Kedua-dua wajah ini adalah sahih dan dibaca melalui toriq Hafs
daripada Asim dengan toriq al-Syatibiyyah. Baris atas adalah kebih baik
daripada baris hadapan

9. Harus pada kalimah (( فما ءاتانى )) pada firman Allah Taala Surah al-Naml:36
ketika diwaqafkan dua wajah iaitu: Dengan mengisbatkan (menetapkan)
ya atau menghazafkannya (membuang atau menghilangkannya). Iaitu
dengan mewaqafkan pada nun sakinah atau al-Raum. Bentuk atau wajah
yang pertama lebih utama untuk dibaca. Jika dibaca secara wasal, maka
dengan mengisbatkan huruf ya berbaris atas.

10. Harus pada kalimah (( فرق )) dua wajah iaitu dengan Tafkhim dan al-
Tarqiq. Pada firman Allah Taala Surah al-Syu’ara : 63.
Bacaan secara Tarqiq lebih utama.

11. Dipanjangkan huruf ’Ain pada pembukaan dua surah iaitu surah Maryam
(( كهيعص )) dan Surah al-Syura’ ((حم عسق)) dengan kadar empat atau enam
harkat secara harus. Panjang kadar enam harkat adalah lebih utama.

12. Disaktah pada kalimah-kalimah berikut: ((عوجا)) surah al-Kahfi: 1, (مرقدنا))
surah Yasin: 52, ((من راق)) surah al-Qiyamah: 27 dan ((بل ران)) surah al-
Mutaffifin: 14.

13. Harus pada kalimah ((لا تأمنا)) pada firman Allah Taala Surah Yusuf : 11
dibaca dengan dua wajah, iaitu:
(a) Al-Isymam, iaitu mengisyaratkan dengan mulut akan bentuk baris
hadapan ketika menyebut huruf nun yang bersabdu. Dimana hanya
akan diketahui oleh orang yang boleh melihat dan tidak bagi orang
yang buta.

(b) Al-Ikhtilas, iaitu ikhtilas merupakan baris hadapan ketika menyebut
huruf nun. Dimana kekalnya dua pertiga sebutan dan hilang satu
pertiga. Untuk menyempurnakan al-Ikhtilas, dibukakan idgham. Al-
Ikhtilas ini adalah lebih baik bagi bacaan ayat al-Quran tersebut.

14. Wajib idgham ba’ kepada mim Idgham Mutajanisain. Pada kalimah
اركب معنا Surah Hud: 42.

15. Wajib idgham tha’ kepada zal Idgham Mutajanisain di dalam firman Allah
Taala ((يلهث ذلك)) Surah al-A’raf: 176.

16. Harus dibaca dengan dua wajah pada bab kalimah (( ءاالذكرين )) iaitu di dua tempat di dalam Surah al-An’am, kalimahءالنن di dua tempat di dalam Surah Yunus dan (( الله )) pada Surah Yunus dan al-Naml. Wajah-wajah
tersebut ialah:

(a) Dibaca dengan Ibdalkannya dengan alif bersama dengan al-Isyba’
(Mad Lazim Kalimi Muthaqqal).

(b) Dibaca dengan tashilkannya di antara hamzah dan alif bersama
dipendekkan sebanyak dua harkat.
17. Dibaca (( بمصيطر )): Surah al-Ghasyiah: 22 dengan huruf sod.

18. Harus pada kalimah (( فطمسنا )) Surah al-Qamar: 37 dibaca dengan dua
wajah iaitu dengan huruf sod dan sin. Bacaan yang lebih utama ialah
dengan sod.

19. Dibaca kalimah (( ويبسط )) Surah al-Baqarah: 245 dan kalimah (( بصطة)) Surah al-A’raf : 69 dengan huruf sin.

20. Harus pada kalimah ((ماليه )) (( هلك )) dua wajah iaitu:

(a) Al-Izhar bersama dengan Saktah Latifah tanpa bernafas pada huruf
Ha’((ماليه)) dan inilah yang paling baik.

(b) Dibaca dengan Idgham. Harus waqaf pada kalimah (( ماليه )) waqaf
yang sempurna dengan mengambil nafas. Ini kerana ia adalah
permulaan ayat dan waqaf pada permulaan ayat merupakan sunnah
secara mutlak.

21. Hukum kalimah menjadi Idgham Kamil apabila dihilangkan sifat al-Isti’la’
bagi huruf qaf dan disebut dengan huruf kaf yang bertashdid (bersabdu)
tashdid yang sempurna. Dan ia menjadi Idgham Naqis dengan
mengekalkan sifat al-Isti’la’ padanya iaitu pada kalimah (( نخلقكم )) daripada
firman Allah Taala di dalam Surah al-Mursilat: 20

22. Bacaan Hafs daripada Asim daripada semua turuqnya pada kalimah
مجرئها )) di dalam firman Allah Taala di dalam Surah Hud: 41

Adalah secara Imalah huruf alif selepas ra’ secara Imalah Kubra. Tiada bagi
Hafs pada kalimah yang mengandungi huruf ra' dibaca dengan Imalah
kecuali pada ayat ini.

23. Dibaca secara Tashil mengikut riwayat Hafs daripada Asim pada semua
turuqnya satu wajah sahaja iaitu pada huruf hamzah kedua di antara
hamzah dan alif pada kalimah (( ءاعجمي)) pada firman Allah Taala di dalam Surah Fussilat: 44

1 comment: