Monday, November 16, 2009

Pelbagai Kaedah Pembelajaran Al Quran

Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran Al-Quran dari dulu hingga ke sekarang.

Pengalaman saya sebagai anak kebanyakkan di kampung:
6-12 tahun, Belajar Muqadam - mengeja satu persatu huruf Al-Quran hingga boleh membunyikan dengan betul. Tajwid? tidak tahu apa itu tajwid..yang tahu hanyalah mengikut bacaan guru agak-agak panjang, agak-agak pendek. Istilah dengung? tak tahu pun.

13-17 tahun, Membaca Al-Quran sambil diberitahu hukum tajwid - pernah dengar akan hukum tajwid tertentu. Terlalu sedikit yang ingat dan boleh diaplikasikan dalam bacaan. Tidak dapat mengenal hukum tajwid yang sama tetapi berlaku pada pertemuan huruf atau baris yang berbeza.

18-25 tahun, Tiada penambahan ilmu dari segi bacaan Al-Quran.

26-29 tahun, Belajar Kaedah Qiraati Dewasa - Pembelajaran asas yang tersusun. Penerangan hukum tajwid daripada guru, latih tubi pada hukum tajwid yang sama, soal-jawab hukum tajwid setiap kali mula dan semasa pembelajaran sebagai ulangkaji. Boleh ingat akan hukum tajwid dan mampu mengaplikasikan dalam bacaan Al-Quran.
Itu pengalaman saya sebagai anak kampung biasa. Saya tahu ramai yang lebih hebat daripada saya, awal-awal lagi dah belajar Al-Quran secara bertajwid atau mungkin di pondok-pondok tahfiz. Tapi tak kurang juga yang senasib dengan saya. Jika saya tidak diberi kuasa oleh Allah s.w.t. untuk belajar pada umur 26-29 tahun tu…sampai sekaranglah saya akan membaca Al-Quran dengan cara saya sendiri. Betul atau tidak bacaan saya? Anda sudah pasti tahu akan jawapannya!

Tetapi…sekarang sudah lain. Macam-macam kaedah ada. CD, VCD, Iqra’, Qiraati dan bermacam-macam nama yang lain lagi. Lain halnya dengan kaedah yang di perkenalkan oleh wajibtajwid.com, dimana ia adalah kaedah untuk membantu orang dewasa dalam mempelajari bacaan Al-Quran secara bertajwid sendiri dahulu, kemudian berguru hanyalah untuk memperdengarkan bacaan atau dengan kata lain memastikan bacaan anda adalah betul. Bukannya baru hendak mengenal nama sesuatu hukum tajwid.

Tidak seperti kaedah pembelajaran Al-Quran bertajwid yang lain, kaedah wajibtajwid.com mengekalkan cara pembelajaran 2 hala iaitu seumpama berhadapan dengan guru. 3 langkah pemahaman dan latihan yang diperkenalkan sungguh amat berkesan iaitu penerangan mudah hukum tajwid asas, soalan-jawapan bagaimana sesuatu hukum tajwid itu terjadi, audio bagaimana membunyikan sesuatu hukum tajwid dan latihan berperingkat yang diselangi dengan soalan-soalan sebagai latihan ulangkaji untuk mewujudkan asas tajwid yang kukuh dan boleh diaplikasikan.

“Walau setinggi gunung harta ku miliki, walau selautan wang aku genggami, namun semuanya itu tidak bererti jika…ayat-ayat Allah tidak aku cintai.”

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah sesuatu Pembelajaran Al-Quran Secara Bertajwid itu berkesan untuk kebanyakkan orang. Bukan bermaksud MUDAH tetapi BERKESAN. ‘Mudah’ bergantung kepada kecerdasan setiap individu manakala ‘Berkesan’ pula memberi maksud lambat -laun pelajar tersebut akan dapat membaca Al-Quran secara bertajwid dengan baik.

Turutan Cara Pembelajaran Tajwid Al-Quran Yang Berkesan:
1. Asas Bunyi Baris Atas mesti disebut dengan betul. Contoh: Ra’ Baris Atas bunyinya RO bukannya RA. Begitu juga dengan setengah-setengahnya yang lain.

2. Daripada Asas Baris Atas, insyaAllah baris-baris yang lain iaitu Baris Bawah, Hadapan, 2 Diatas, 2 Dibawah dan 2 Dihadapan akan sendirinya mudah untuk huruf-huruf berlainan.

3. Faham betul bagaimana sesuatu Hukum Tajwid itu berlaku dan bagaimanakah cara bacaannya. Praktiskan bunyi bagi Hukum Tajwid tersebut. Hafalkan kumpulan huruf-huruf bagi hukum tajwid tersebut jika ada.

4. Baca Latihan Berperingkat. Tidak boleh hanya sekadar membaca buku-buku tajwid. Buku tajwid bagus digunakan sebagai rujukan dan untuk pemahaman.

5. Ucapkan nama Hukum Tajwid, bagaimana ia berlaku, zahirkan bunyinya, sebutkan kumpulan huruf-hurufnya (untuk Hukum Tajwid yang telah dipelajari) SEMASA membaca Latihan Berperingkat. Atau, menjawab setiap soalan yang ditanya dengan jujur didalam Latihan Berperingkat tersebut sebelum beralih kepada latihan yang berikutnya.

6. Ulang perkara 3, 4 dan 5 sehingga habis module pembelajaran.

7. Praktiskan kelancaran dengan bersama-sama membaca surah-surah tertentu yang anda suka pada sesuatu masa (Sebaiknya ulang hingga anda boleh membaca bersama Qori tersebut-ikut CD) dengan imam-imam Mekah ataupun Madinah. Diperingkat awal ini, disarankan bacaan oleh qori Khalil Khusyairi atau Saad Said Alghomidi ataupun Masyari. Anda akan sentiasa tertinggal ke belakang apabila mengikut bacaan oleh Qori ini pada awalnya tetapi diakhirnya anda akan boleh membaca seumpama Qori tersebut baca. Mesti nak kan?
Jika anda mengikuti kaedah yang diterangkan di atas, insyaAllah anda akan dapat membaca Al-Quran Secara Bertajwid dengan baik. Anda boleh mendapatkan kaedah seperti yang diterangkan diatas di wajibtajwid.com.

Selamat Maju Jaya!
” Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

No comments:

Post a Comment