Sunday, December 20, 2009

Cahaya Cinta Bersemi

Raihanah bersyukur menjadi Muslim

INSIDEN tembakan rambang oleh Mejar Nidal Malik Hasan di pangkalan tentera Fort Hood, Texas menyebabkan Islam sekali lagi dikaitkan dengan pengganas.
KESEDARAN awal Kaci Starbuck mengenai idea diselamatkan dalam agama Kristian mula diketahui selepas dia dibaptis di Gereja Baptist Southern pada usia kanak-kanak. Apa yang difahami menerusi kelas Ahad, "Sekiranya seseorang itu tidak dibaptis, dia akan masuk neraka."
Oleh itu, upacara pembaptisan Kaci dibuat bukannya dengan sepenuh hati tetapi semata-mata untuk menggembirakan orang lain.
Dia pernah bertanya pandangan ibunya dan beliau menggalakkan Kaci melakukan upacara yang dianggap mulia dan suci itu. Jadi pada perjumpaan Ahad berikutnya, Kaci melakukan pembaptisan di hadapan jemaah lain.
"Pada penghujung syarahan pagi itu, saya berjalan ke hadapan bertemu dengan paderi. Paderi itu bertanyakan niat saya melakukan pembaptisan?
"Saya sekadar menjawab yang saya cintakan Nabi Isa dan saya tahu saya tidak bertepuk sebelah tangan. Sebaik keluarnya kata-kata itu, para jemaah lain terus memeluk erat saya," kata Kaci dalam laman web IslamOnline. net.

Cerita Kaci lagi, semasa detik awal pembabitannya dengan gereja malah semenjak di sekolah rendah, dia seorang yang begitu lantang bersuara dalam kelas-kelas Ahad.
Pada awal remaja, dia sudah mula menyertai kumpulan remaja wanitanya melakukan pelbagai aktiviti mingguan serta menyertai perkhemahan.
"Pada usia muda remaja, saya mula mengikuti perkhemahan dengan ahli-ahli kumpulan belia yang jauh lebih berpengalaman.
"Sungguhpun kami tidak saling mengenali secara rapat, namun mereka mengenalinya saya sebagai 'anak perempuan kepada penyelaras golongan muda' atau gadis yang bermain piano pada acara-acara istimewa di gereja," katanya.
Pada suatu petang di perkhemahan itu, seorang lelaki berkongsi kisah perkahwinannya. Kata lelaki yang berasal dari Amerika itu, berpacaran adalah lumrah di tempatnya berbeza di tempat isterinya yang mesti membawa bersama penjaga.

Tambah mengejutkan, mereka juga tidak dibenarkan berpegangan tangan sehinggalah selepas sah berkahwin.
Namun kerana sukakan wanita itu, lelaki berkenaan sanggup menerima sebarang syarat yang telah termaktub itu. Dalam kebingungan itu terlintas juga rasa kagum malah Kaci tidak sangka insiden sama akan berulang lagi.
Beberapa tahun kemudian, ibu bapanya bercerai. Perceraian itu bagai satu tamparan buatnya kerana selama ini dia merasakan mereka adalah contoh keluarga yang sempurna. Apa lagi, bapanya seorang paderi dan ibunya aktif dengan pelbagai aktiviti gereja.

Sejak ibu tinggal berasingan, Kaci terpaksa mengambil tanggungjawab ibu menjadi penjaga kepada bapa dan dua adik lelakinya.
Mereka masih meneruskan rutin ke gereja. Cuma apabila tiba giliran ibu, kunjungan ke gereja semakin jarang dilakukan pada setiap hujung minggu.
Dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, mereka tiga beradik berpindah tinggal dengan ibu pula. Pada masa itu, Kaci dapati ibunya tidak lagi ke gereja dan lama-kelamaan diikuti dia adik-beradik.

Kaci juga mula berkenalan dengan seorang teman wanita dalam kelas menengah yang sama. Dia seorang yang peramah.

Pergi gereja

Pada hari kedua persekolahan, dia menjemput Kaci ke rumahnya untuk bertemu keluarga dan kemudian pergi ke gerejanya.
Kehadiran Kaci diterima baik oleh keluarganya dan saya dianggap sebagai seorang anak yang baik dan membawa pengaruh yang baik.
Malah tambah memeranjatkan Kaci, apabila di gereja itu, dia diterima sebagai sebahagian daripada kumpulan mereka, walaupun mengetahui dia adalah orang luar.
Semakin banyak masa dihabiskan dengan mereka, mereka mula menerangkan serba sedikit tentang agama kepercayaan yang mereka anuti. Mereka berpegang kepada kitab New Testament.
Di mana tidak ada penggunaan muzik di dalam gereja mereka, hanya ada suara penyanyi, tidak ada diupah penceramah tetapi sekadar orang lama menyampaikan ceramah.
Malah mereka juga tidak menyambut perayaan Krismas, Easter dan cuti-cuti perayaan lain. Sungguhpun dia telah melakukan pembaptisan, namun mereka beranggapan dia akan masuk ke neraka sekiranya tidak dilakukan proses serupa sekali lagi. Ini merupakan satu kejutan yang teramat dalam soal sistem kepercayaan Kaci.
Kekeliruan itu disuarakan kepada ibunya. Sejak itu dia mula mengambil berat dengan setiap ceramah yang didengar.

Apa yang terdetik di hati Kaci, mengapa kitab Injil yang diagung-agungkan oleh pengikut Kristian tetapi tidak dibacakan di dalam ceramah-ceramah yang disampaikan tetapi paderi lebih menjurus kepada cerita-cerita?
Malah untuk melakukan pembaptisan buat kali kedua juga menimbulkan keberatan buat Kaci.
Tahun berikutnya apabila berada di kolej, Kaci mula renggang dengan gereja. Pun begitu, dia masih pergi ke kelas-kelas Ahad dan mula menyertai persatuan agama Kristian yang lain tetapi terpaksa meninggalkannya kerana tidak selesa dengan ajaran persatuan berkenaan.

Pada tahun kedua pengajian, penglibatannya dengan gereja sekadar untuk menyampaikan nyanyian koir di gereja Wake Forest kerana ia berbayar.
Pada tahun itu juga, Kaci berkenalan dengan seorang pemuda Muslim. Mereka berbual panjang bertanyakan pelbagai soalan falsafah berkaitan agama dan kepercayaan.
"Pada musim panas berikutnya, saya bekerja di sebuah kedai buku dan peluang itu saya gunakan untuk mencari bahan bacaan berkaitan Islam. Saya juga ada bertanya kepada teman-teman sekampus yang beragama Islam.
"Soalan demi soalan itu, membawa saya kepada kitab suci al-Quran. Apa sahaja topik yang saya debatkan dengannya, ada sahaja jawapan balas daripadanya.
"Lantas saya ke masjid berdekatan sebanyak dua kali pada tahun itu. Saat itu hati saya kembali gembira kerana semangat ukhuwah kuat terasa di situ.
"Sepanjang cuti musim panas itu, saya menjadi begitu sensitif terhadap apa sahaja kenyataan yang dibuat mengenai Islam, apa lagi ia sesuatu yang tidak tepat dan benar," kata Kaci yang sejak itu aktif sebagai wanita tunggal dalam Pertubuhan Kesedaran Islam di kampus.
Sejak mendalami Islam, Kaci juga banyak berubah. Dia tidak lagi makan daging babi dan menjadi vegetarian, tidak minum alkohol dan mula melaksanakan puasa Ramadan.

Satu perubahan drastik yang diambilnya iaitu menyembunyikan rambut pada penghujung semester persekolahan. Pada saat itu dia tidak tahu mengenai pemakaian hijab di dalam Islam.
Kaci juga melayari Internet untuk mencari teman-teman maya bermatlamat mempelajari Islam daripada mereka yang seusia dan beragama Islam.
"Beberapa hari kemudian, saya mendapat respons daripada tiga Muslim iaitu dari Pakistan yang belajar di Amerika, seorang India yang belajar di United Kingdom dan seorang yang berasal dari Emeriah Arab Bersatu (UAE).
"Pada saat itu, saya benar-benar yakin dengan Islam apa lagi Islam meletakkan semua manusia itu sama, tanpa mengira warna kulit, umur, jantina, bangsa dan banyak lagi.

Mengucap syahadah

"Saya menyuarakan hasrat melakukan syahadah kepada seorang saudara Muslim menerusi telefon dan berazam akan ke masjid pada keesokan harinya.
"Saya ke sebuah masjid bersama seorang saudara Muslim dari Wake Forest dan adiknya yang bukan Islam tetapi tidak meluahkan hasrat memeluk Islam kepada mereka.
"Saya hanya memberitahu yang saya hendak bertemu dengan imam selepas khutbah nanti. Selesai solat, saya bertanyakan apakah perkara-perkara yang mesti dilakukan sebelum seseorang itu memeluk Islam.
"Selain mengucap syahadah, dia juga mesti mengetahui tentang Islam. Saya mengucap syahadah pada 12 Julai 1996, selepas setahun mempelajari Islam," kata Koci.

Beliau kini menggunakan nama Raihanah atau Umm Asadullah.
Sejak itu, Raihanah mula belajar mendirikan solat dan kemudian melawat ke sebuah masjid yang terletak di Winston-Salem dan mula memakai hijab dua minggu kemudian.
Menyambung pengajian kolej, Raihanah mula aktif dengan aktiviti persatuan sebelum dilantik menjadi ketua bagi muslimat.
Semasa separuh akhir pengajian, Raihanah mengambil kursus elektif iaitu Agama Islam, Kristian dan agama Yahudi.
Ia adalah sesuatu yang indah baginya kerana mewakili Islam dan seterusnya menjelaskan kebenaran Islam dan ummah Muslim. Oleh itu, tidak harianlah, dia menerima gelaran 'Mother Kaci'.

Monday, November 16, 2009

Detik Kewafatan Rasulullah SAW

Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.Artikel ini boleh dicopy dan disebarkan kepada rakan2 kita agar dapat dijadikan renungan bersama, Insyaallah. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

Pelbagai Kaedah Pembelajaran Al Quran

Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran Al-Quran dari dulu hingga ke sekarang.

Pengalaman saya sebagai anak kebanyakkan di kampung:
6-12 tahun, Belajar Muqadam - mengeja satu persatu huruf Al-Quran hingga boleh membunyikan dengan betul. Tajwid? tidak tahu apa itu tajwid..yang tahu hanyalah mengikut bacaan guru agak-agak panjang, agak-agak pendek. Istilah dengung? tak tahu pun.

13-17 tahun, Membaca Al-Quran sambil diberitahu hukum tajwid - pernah dengar akan hukum tajwid tertentu. Terlalu sedikit yang ingat dan boleh diaplikasikan dalam bacaan. Tidak dapat mengenal hukum tajwid yang sama tetapi berlaku pada pertemuan huruf atau baris yang berbeza.

18-25 tahun, Tiada penambahan ilmu dari segi bacaan Al-Quran.

26-29 tahun, Belajar Kaedah Qiraati Dewasa - Pembelajaran asas yang tersusun. Penerangan hukum tajwid daripada guru, latih tubi pada hukum tajwid yang sama, soal-jawab hukum tajwid setiap kali mula dan semasa pembelajaran sebagai ulangkaji. Boleh ingat akan hukum tajwid dan mampu mengaplikasikan dalam bacaan Al-Quran.
Itu pengalaman saya sebagai anak kampung biasa. Saya tahu ramai yang lebih hebat daripada saya, awal-awal lagi dah belajar Al-Quran secara bertajwid atau mungkin di pondok-pondok tahfiz. Tapi tak kurang juga yang senasib dengan saya. Jika saya tidak diberi kuasa oleh Allah s.w.t. untuk belajar pada umur 26-29 tahun tu…sampai sekaranglah saya akan membaca Al-Quran dengan cara saya sendiri. Betul atau tidak bacaan saya? Anda sudah pasti tahu akan jawapannya!

Tetapi…sekarang sudah lain. Macam-macam kaedah ada. CD, VCD, Iqra’, Qiraati dan bermacam-macam nama yang lain lagi. Lain halnya dengan kaedah yang di perkenalkan oleh wajibtajwid.com, dimana ia adalah kaedah untuk membantu orang dewasa dalam mempelajari bacaan Al-Quran secara bertajwid sendiri dahulu, kemudian berguru hanyalah untuk memperdengarkan bacaan atau dengan kata lain memastikan bacaan anda adalah betul. Bukannya baru hendak mengenal nama sesuatu hukum tajwid.

Tidak seperti kaedah pembelajaran Al-Quran bertajwid yang lain, kaedah wajibtajwid.com mengekalkan cara pembelajaran 2 hala iaitu seumpama berhadapan dengan guru. 3 langkah pemahaman dan latihan yang diperkenalkan sungguh amat berkesan iaitu penerangan mudah hukum tajwid asas, soalan-jawapan bagaimana sesuatu hukum tajwid itu terjadi, audio bagaimana membunyikan sesuatu hukum tajwid dan latihan berperingkat yang diselangi dengan soalan-soalan sebagai latihan ulangkaji untuk mewujudkan asas tajwid yang kukuh dan boleh diaplikasikan.

“Walau setinggi gunung harta ku miliki, walau selautan wang aku genggami, namun semuanya itu tidak bererti jika…ayat-ayat Allah tidak aku cintai.”

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah sesuatu Pembelajaran Al-Quran Secara Bertajwid itu berkesan untuk kebanyakkan orang. Bukan bermaksud MUDAH tetapi BERKESAN. ‘Mudah’ bergantung kepada kecerdasan setiap individu manakala ‘Berkesan’ pula memberi maksud lambat -laun pelajar tersebut akan dapat membaca Al-Quran secara bertajwid dengan baik.

Turutan Cara Pembelajaran Tajwid Al-Quran Yang Berkesan:
1. Asas Bunyi Baris Atas mesti disebut dengan betul. Contoh: Ra’ Baris Atas bunyinya RO bukannya RA. Begitu juga dengan setengah-setengahnya yang lain.

2. Daripada Asas Baris Atas, insyaAllah baris-baris yang lain iaitu Baris Bawah, Hadapan, 2 Diatas, 2 Dibawah dan 2 Dihadapan akan sendirinya mudah untuk huruf-huruf berlainan.

3. Faham betul bagaimana sesuatu Hukum Tajwid itu berlaku dan bagaimanakah cara bacaannya. Praktiskan bunyi bagi Hukum Tajwid tersebut. Hafalkan kumpulan huruf-huruf bagi hukum tajwid tersebut jika ada.

4. Baca Latihan Berperingkat. Tidak boleh hanya sekadar membaca buku-buku tajwid. Buku tajwid bagus digunakan sebagai rujukan dan untuk pemahaman.

5. Ucapkan nama Hukum Tajwid, bagaimana ia berlaku, zahirkan bunyinya, sebutkan kumpulan huruf-hurufnya (untuk Hukum Tajwid yang telah dipelajari) SEMASA membaca Latihan Berperingkat. Atau, menjawab setiap soalan yang ditanya dengan jujur didalam Latihan Berperingkat tersebut sebelum beralih kepada latihan yang berikutnya.

6. Ulang perkara 3, 4 dan 5 sehingga habis module pembelajaran.

7. Praktiskan kelancaran dengan bersama-sama membaca surah-surah tertentu yang anda suka pada sesuatu masa (Sebaiknya ulang hingga anda boleh membaca bersama Qori tersebut-ikut CD) dengan imam-imam Mekah ataupun Madinah. Diperingkat awal ini, disarankan bacaan oleh qori Khalil Khusyairi atau Saad Said Alghomidi ataupun Masyari. Anda akan sentiasa tertinggal ke belakang apabila mengikut bacaan oleh Qori ini pada awalnya tetapi diakhirnya anda akan boleh membaca seumpama Qori tersebut baca. Mesti nak kan?
Jika anda mengikuti kaedah yang diterangkan di atas, insyaAllah anda akan dapat membaca Al-Quran Secara Bertajwid dengan baik. Anda boleh mendapatkan kaedah seperti yang diterangkan diatas di wajibtajwid.com.

Selamat Maju Jaya!
” Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an. Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Sunday, August 16, 2009

KEKASIH YANG DITUNGGU...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Setinggi kesyukuran dirafa’kan ke atas Rabbul Jalil atas limpahan rahmat dan kurniannya, sekali lagi dapat kita mengecapi dua nikmat terbesar yakni nikmat Iman dan Islam.

Ramadhan berasal daripada perkataan “Ramadha” yang membawa maksud “Membakar” yakni menghapuskan dosa-dosa yang berpuasa dan beribadat pada bulan Ramadhan. Ramadhan pula bermaksud bulan mendapat keredhaan Allah dan keampunan bagi hambanya. Oleh itu, rebutlah peluang yang telah diberikan oleh Allah kepada kita dengan mengisinya dengan pelbagai amalan dan ibadah kepadanya terutama di sepuluh hari yang terakhir.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang melakukan sembahyang malam pada bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.

Diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadhan, di buka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta Syaitan-syaitan dibelenggu.

Wednesday, July 29, 2009

KHUSYUK SOLAT MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat;

Pertama; Hudhur al-Qlabi (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.

Kedua; at-Tafahhum (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.

Ketiga; at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.

Keempat; al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.

Kelima; ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.

Keenam; al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

RAHSIA KEAJAIBAN SOLAT

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebutmemberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.
Begitulah keagungan ciptaan Allah.Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam sepenuhnya kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.