Monday, March 23, 2009

Pengertian Ilmu Tajwid

Pengertian Tajwid menurut bahasa (ethimologi) adalah: memperindah sesuatu.Sedangkan menurut istilah, Ilmu Tajwid adalah pengetahuan tentang kaidah serta cara-cara membaca Al-Quran dengan sebaik-baiknya. Tujuan ilmu tajwid adalah memelihara bacaan Al-Quran dari kesalahan dan perubahan serta memelihara lisan (mulut) dari kesalahan membaca. Belajar ilmu tajwid itu hukumnya fardlu kifayah, sedang membaca Al-Quran dengan baik (sesuai dengan ilmu tajwid) itu hukumnya Fardlu ‘Ain. Dalil Wajib Mempraktekkan Tajwid Dalam Setiap Pembacaan Al-Qur’an:

Dalil dari Al-Qur’an. Firman Allah s.w.t.:Artinya: Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan/tartil (bertajwid) [Q.S. Al-Muzzammil (73): 4]. Ayat ini jelas menunjukkan bahwa Allah s.w.t. memerintahkan Nabi s.a.w. untuk membaca Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dengan tartil, yaitu memperindah pengucapan setiap huruf-hurufnya (bertajwid). Firman Allah s.w.t. yang lain:Artinya: Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Qur’an itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara tartil (bertajwid) [Q.S. Al-Furqaan (25): 32].
Dalil dari As-Sunnah. Dalam hadits yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a. (istri Nabi s.a.w.), ketika beliau ditanya tentang bagaiman bacaan dan sholat Rasulullah s.a.w., maka beliau menjawab:Artinya: "Ketahuilah bahwa Baginda s.a.w. sholat kemudian tidur yang lamanya sama seperti ketika beliau sholat tadi, kemudian Baginda kembali sholat yang lamanya sama seperti ketika beliau tidur tadi, kemudian tidur lagi yang lamanya sama seperti ketika beliau sholat tadi hingga menjelang shubuh. Kemudian dia (Ummu Salamah) mencontohkan cara bacaan Rasulullah s.a.w. dengan menunjukkan (satu) bacaan yang menjelaskan (ucapan) huruf-hurufnya satu persatu." (Hadits 2847 Jamik At-Tirmizi) Dalam hadits yang diriwayatkan dari Abdullah Ibnu ‘Amr, Rasulullah s.a.w. bersabda:Artinya: "Ambillah bacaan Al-Qur’an dari empat orang, yaitu: Abdullah Ibnu Mas’ud, Salim, Mu’az bin Jabal dan Ubai bin Ka’ad." (Hadits ke 4615 dari Sahih Al-Bukhari).
Dalil dari Ijma' Ulama. Telah sepakat para ulama sepanjang zaman sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. sampai dengan sekarang dalam menyatakan bahwa membaca Al-Qur’an secara bertajwid adalah suatu yang fardhu dan wajib. Pengarang kitab Nihayah menyatakan: "Sesungguhnya telah ijma’ (sepakat) semua imam dari kalangan ulama yang dipercaya bahwa tajwid adalah suatu hal yang wajib sejak zaman Nabi s.a.w. sampai dengan sekarang dan tiada seorangpun yang mempertikaikan kewajiban ini."

Wednesday, March 11, 2009

HUKUM MENYENTUH AL-QURAN TANPA WUDUK

Pertama: Ijma’ fuqaha’ menetapkan harus membaca alQur’an tanpa wudhu‘ dan tanpa menyentuh musyhaf, namun berwudhu’ itu lebih afdhal (Imam Syaraf anNawawi, alMajmu’ Jld 2, ms 76)
Kedua: Orang berhadas kecil membaca, menyentuh dan membawa dari musyhaf. Khilaf fiqhi, jumhur (termasuk Syafi’iyah) menegahnya berdasarkan dalil Qur’ani alWaqi’ah:78-79 dan hadis riwayat Malik dan Baihaqi dari Umar bin Hizam.
Para pentahqeeq (penilai semula) terdiri dari pentarjih hadis dan ahli tafsir alQur’an berpendapat orang berhadas kecil dan besar boleh membawa, menyentuh dan membaca alQur’an. Antaranya ialah Imam alHafidz asySyawkani (nailool Awthor, Jld 1), Imam alHafiz Ibn Hajar (Fathul Baari, Jld 1) mereka menggunakan pendapat Ibn Abbas, pentafsir nombor satu alQur’an yg mentafsirkan ayat 79 dalam surah alWaqi’ah yg secara mutlak merujuk kepada Malaikat, kerana ayat 11-16 (S Abasa) dan ayat alBuruj 21-22) memperkuatkan tafsiran ayat 79 (S Waqi’ah) itu adalah Malaikat. Dari pengkaji hadis pula mendapati hadis-hadis yg menegah orang hadas menyentuh alQur’an ada cacatnya.
Seorang pengkaji semula hukum-hukum fiqih dari Saudi, Syaikh Abu Yusof Abd Rahman Abd Samad,as-ilatu thalatah Haulaha al Jadal merumuskan dari perselisihan fuqaha’ ini,. hukum pertengahan ialah Makruh hukumnya orang berhadas menyentuh dan membawa musyhaf.
Dalil setiap pendapat
1. Dalil golongan yang mengatakan haram:
a. Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Waqiah ayat 79:لا يمسه إلا المطهرون(Tidak menyentuhnya kecuali mereka yang suci)
Mereka mengatakan ganti nama nya dalam ayat itu balik kepada al-Qur’an, bukannya Luh Mahfuz.Akan tetapi mereka khilaf pula, apakah yang dimaksudkan dgn al-Mutahharun? Ada yang kata: Orang yang suci dari hadas dan najis. Yang lain pula kata: Suci dari syirik dan kekufuran, iaitu orang-orang mukmin. [sila rujuk Tafsir al-Qurtubi 17/226]
Sebahagian ulama’ berpendapat, ganti nama tersebut balik kepada Luh Mahfuz. Jadi, tak boleh berhujah dgn ayat ini. al-Mutahharun pula adalah para Malaikat yang Allah bersihkan mereka dari tabiat yang negatif dan sifat-sifat yang tercela. Ayat ini sebenarnya satu penafian dan penolakan kepada hujah golongan musyrikin yang mendakwa Syaitanlah yang telah menurunkan kitab al-Qur’an ini. Sila rujuk ayat 210-212 surah al-Syu’ara’.Antara hujah yang menyokong pendapat ini -sebagaimana yang disebut oleh Qatadah- ialah al-Qur’an boleh dipegang di dunia ini oleh si Majusi dan si Munafiq yang dianggap najis, sedangkan al-Qur’an kata, ia tidak dipegang kecuali oleh mereka yang suci. [sila rujuk Tafsir al-Tabari 17/226]
al-Alusi menyebut di dalam tafsirnya Ruhul Ma’ani (27/155): Imam Sayuti menyebut di dalam kitab al-Ahkam: Imam Syafie berdalilkan ayat ini dgn mengatakan orang yang berhadas tidak boleh memegang al-Qur’an. Ini adalah pilihan yang zahir dari ayat ini. Akan tetapi oleh kerana ada ihtimal/kemungkinan ganti nama boleh balik kepada Qur’an dan juga kepada Luh Mahfuz, dan maksud al-Mutahharun ialah Malaikat al-Muqarrabun, kebanyakan ulama’ yang berkata haram berpindah kepada beristidlal dgn hadis.
Manakala Ibn Rusyd pula berkata (Bidayatul Mujtahid 1/42): Sebab khilaf ialah perkataan al-Mutahharun boleh membawa makna manusia dan juga malaikat, di samping ayat ini juga boleh jadi suatu perkhabaran yang bermaksud larangan dan juga boleh jadi perkhabaran semata-mata.
b. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwatta’, dari Abdullah bin Abu Bakar bin Hazmi, bahawa dalam kitab yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada ‘Amru bin Hazmi terdapat: أن لا يمس القرآن إلا طاهر (bahawa tidak boleh memegang al-Qur’an kecuali orang yang suci) [Muwatta' 141].
Hadis ini merupakan petikan dari kitab yang ditulis oleh Nabi kepada ‘Amru bin Hazmi di Yaman. Kitab ini berada bersama kaum keluarga beliau selepas kematiannya. al-Daruqutni dan al-Hakim pula meriwayatkan bahawa Umar bin Abdul Aziz telah menghantar wakil ke Madinah untuk mencari sesuatu petunjuk sunnah Nabi dalam bab zakat dan wakilnya itu telah menjumpai kitab ini dalam simpanan keturunan ‘Amru bin Hazmi [lihat komentar Syeikh Ahmad Syakir dlm kitab al-Muhalla oleh Ibn Hazmi 1/82].
Syeikh Ahmad Syakir menyebut bahawa beliau telah menjumpai hadis ini selengkapnya dalam Mustadrak al-Hakim (1/359, cetakan India) di mana sebahagian darinya terdapat juga di dalam sahih Ibnu Hibban, sunan al-Daruqutni dan sunan al-Nasaie.
Komentar ttg hadis ini ialah sanadnya mursal. Ibnu Abdil Barri berkata: Tiada khilaf dari Imam Malik bahawa hadis ini mursal. Walau bagaimanapun ia diriwayat secara bersanad dari jalan lain yang bagus. Ia adalah sebuah kitab yang masyhur di kalangan ahli sejarah dan terkenal di kalangan ulama’ di mana kemasyhurannya itu menyebabkan ia tidak perlu (dilihat) kepada sanadnya [kata-kata ini dinukil oleh penyunting kitab Muwatta’ ms 141].
Ibnu Kathir menyebut bahawa Abu Daud telah meriwayatkan di dalam kitab al-Marasil dari hadis al-Zuhri bahawa beliau berkata: Aku telah membaca di dalam sahifah Abu Bakar bin Amru bin Hazmi bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci. Ibnu Kathir berkata: Ini adalah sesuatu yang bagus. Al-Zuhri dll telah membacanya, dan yang seperti ini sepatutnya diambil (dipegang) [Tafsir Ibnu Kathir 6/537].
Hadis ini diriwayatkan secara bersambung sanadnya dari empat orang sahabat, iaitu ‘Amru bin Hazmi, Hakim bin Hizam, Ibnu Umar, dan Uthman bin Abi al-‘As.
Al-Marhum Syeikh Nasiruddin al-Albani [di dalam kitab Irwa’ul Ghalil (1/160-161)] telah menyebut kesemua sanad hadis ini dan kitab-kitab hadis yang mentakhrijnya, kemudian beliau berkata: Sesungguhnya kesemua jalan hadis ini tidak bebas dari unsur dhaif. Akan tetapi dhaifnya itu adalah kecil kerana tiada perawi yang dituduh sebagai pendusta. ‘Illah hadis ini hanya irsal atau hafalan yang kurang baik, dan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam ilmu Mustalahul hadis bahawa setiap jalan periwayatan hadis boleh menguatkan di antara satu sama lain sekiranya tiada rawi yang dituduh pendusta. Ini telah dinyatakan oleh al-Nawawi di dalam Taqribnya dan al-Suyuti di dalam syarahnya. Diri ini menyatakan penerimaan terhadap kesahihan hadis ini, lebih-lebih lagi Imam Ahmad telah berhujah dgn hadis ini. Imam Ishaq bin Rahawaih juga telah mentashihkannya. Ishaq al-Maruzi berkata di dalam kitab Masa’il Imam Ahmad: Aku bertanya Imam Ahmad: Bolehkah seorang lelaki itu membaca Qur’an tanpa wudhu’? Imam Ahmad menjawab: Ya, boleh. Tapi dia tidak boleh membaca di mashaf selagi dia tidak berwudhu’. Ini kerana telah sabit dari Nabi s.a.w: Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci. Begitulah juga yang telah dilakukan oleh para sahabat dan tabiein.
Syeikh al-Albani juga menyebut bahawa telah sabit dan sah riwayat yang mengatakan Sa’ad bin Abi Waqqas telah menyuruh anaknya Mus’ab supaya berwudhu’ dahulu sebelum menyentuh al-Qur’an. Ia diriwayatkan oleh Imam Malik dan al-Baihaqi dgn sanad yang sahih.
Beliau juga berkata bahawa beliau telah membaca kitab Fawa’id Abi Syu’aib dan mendapati Imam al-Baghawi telah bertanya Imam Ahmad ttg hadis ini. Imam Ahmad berkata: Aku harap ianya sahih.
Sebenarnya kesahihan hadis ini juga telah dinyatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Beliau telah berhujah dgn hadis ini di banyak tempat dalam kitabnya [lihat Majmu’ Fatawa 17/12 & 21/228]
Al-San’ani berkata: Kitab ‘Amru bin Hazmi telah sepakat diterima ramai. Ibnu Abdil Barri pula berkata: Ia seperti mutawatir kerana telah sepakat diterima ramai. Ya’qub bin Sinan juga berkata: Aku tidak tahu di sana ada sebuah kitab yang lebih sahih dari kitab ini. Sesungguhnya para sahabat dan tabiein merujuk kepadanya dan meninggalkan pendapat mereka sendiri. Al-Hakim berkata: Umar bin Abdul Aziz dan Imam zamannya, iaitu al-Zuhri telah menyaksikan bahawa kitab ini adalah sahih [lihat Subulussalam oleh al-San’ani 1/70]
2. Dalil golongan yang mengatakan boleh.
a. Ibnu Hazmi berkata: Membaca al-Qur’an, memegangnya, dan berzikir kepada Allah adalah perbuatan baik yang disunatkan dan diberi pahala kepada pelakunya. Sesiapa yang mengatakan ia kekadang (yakni dalam sesetengah keadaan) terlarang perlulah membawakan bukti! [al-Muhalla 1/78]
b. Hadis dalam Sahih Bukhari: dari Ibnu Abbas bahawa Abu Sufyan ketika beliau berada di Syam sebelum keislamannya telah dipanggil oleh Raja Rom. Kemudian dibawakan surat Nabi yang dihantar kepadanya yang menyeru beliau kepada Islam. Di dalam surat itu terdapat ayat 63 Surah Aali Imran.
Hujah mereka ialah Nabi telah menulis kepada Raja Rom yang kafir dan beliau telah memegangnya. Sekiranya orang kafir boleh pegang, maka lebih-lebih lagilah orang yang berhadas.
Pihak yang mengatakan haram menjawab: Surat tersebut mengandungi bukan saya ayat ini tetapi ada juga perkara lain. Ia sebenarnya sama dgn kitab Fekah atau Tafsir, dan Jumhur ulama’ mengatakan boleh memegangnya walaupun tidak berwudhu’.
Tetapi Ibnu Hazmi menjawab balik dgn berkata: Sekiranya kamu kata Nabi telah hantar satu ayat saya kepada Raja Rom, Nabi sebenarnya boleh hantar lebih banyak dari itu. Kamu kan ahlul Qiyas. Kalau kamu tak boleh qiyaskan ayat yang banyak dgn satu ayat, maka kamu jgn qiyaskan ayat lain dgn ayat ini!.
Sekian.

ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN

Tertib lahiriah dalam membaca al-Quran
Dalam membaca al-Quran ada beberapa hal yang harus diperhatikan iaitu :
Pertama : Hendaklah ia berada dalam keadaan berwudhu' terus menerus dengan penuh adab dan tenang. Dia boleh membaca secara berdiri ataupun duduk, tetapi sebaik-baiknya menghadap kiblat, menundukkan kepala , tidak duduk secra bersilang kaki, tidak bersandar ataupun duduk seperti duduknya orang-orang yang sombong (takabbur). Kiranya ia membaca al-Qur'an tanpa berwudhu', atau dalam keadaan berbaring di atas tempat tidur tidak ada salahnya hanya pahalanya kurang.
Allah telah berfirman:
"Iaitu mereka yang mengingati Allah (berzikir) dalam keadaan berdiri dan duduk dan ketika berbaring serta memikirkan tentang kejadian petala langit dan bumi." (al-Imran: 191)
Allah s.w.t. telah memuji mereka mengingati Allah dan memikirkan penciptaan langit dan bumi, bermula dengan orang yang berzikir dalam keadaan berdiri, kemudian yang dalam keadaan duduk dan seterusnya dalam keadaan berbaring.
Kedua : Dalam kadar pembacaan al-Qur'an setiap hari, kerana bagi orang-orang yang membaca al-Quran itu ada beberapa cara dan adat dalam membacanya sama ada banyak atau sedikit. Tetapi cara yang dipilih dari Usman, zaid bin Tsabit, Ibnul Mas'ud dan Ubai bin ka'ab radhiallahu-anhum dilakukan pengkhataman bacaan Al-Quran pada tiap-tipa hari Jum'at dengan dibahagikan bacaannya kepada tujuh hizib (bahagian al-Quran)
Ketiga : Membaca Al-Qur'an dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid. Yang demikian itu adalah sangat-sangat dituntut dalam cara membaca al-Qur'an, kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya. Cara membacanya dengan tartil itu akan dapat menolong memahami maksud-maksudnya. Sebab itu Ummu Salamah r.a. bila membaca al-Qur'an sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Qur'an itu.
Ibnu Abas r.a. pula berkata: Bagiku jika membaca surah al-Baqrah dan surah ali-Imran dengan penuh tartil dan memahami semua maksud-maksudnya adalah lebih aku utamakan daripada membaca seluruh al-Qur'an secara sambil lalu saja.
Nyatakan, bahawasanya membaca al-Qur'an dengan tartil dan tertib satu persatu itu lebih dekat kepada tanda penghargaan dan penghormatan dan akan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati daripada membacanya secara tergesa-gesa dan sambil lewat saja.
Keempat : Menangis ketika membacanya. Ini adalah sangat di tuntut dan puncanya tentulah dari kehibaan di hati, ketika ia memikirkan tentang ayat-ayat yang berunsur ancaman dan kecaman serta-serta janji-janji Allah yang disediakan terhadap orang-orang yang melanggar perintah-perintahNya. Dalam pada itu hendaklah ia mengira-ngira dirinya yang selalu mencuaikan perintah-perintah Allah dan laranganNya lalu ia merasa sedih dan hiba, dan pada ketika itu tentulah ia akan menangis.
Kelima : Hendaklah ia memberikan pada setiap ayat yang dibacanya itu haknya. Bila sampai membaca ayat Sajdah, hendaklah ia membuat Sujud Tilawah (Sujud Bacaan). Begitu juga, sekiranya ia mendengar ayat Sajdah itu dibaca oleh orang lain, hendaklah ia bersujud tilawah juga. Tetapi janganlah bersujud melainkan ia dalam keadaan suci yakni ada wudhu'. Cara bersujud tilawah itu ialah bertakbir Takbiratul-ihram dengan mengangkat kedua tangannya dulu, lalu bertakbir lagi membuat sujud dan sesudah sujud bertakbir pula, kemudian duduk semula, kemudian salam.
Keenam : Hendaklah ia memuliakan membaca al-Qur'an itu dengan terlebih dulu membaca:
"Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Mengetahui daripada syaitan yang terkutuk".
Kemudian teruskanlah membaca ayat al-Qur'an itu dan bila sampai kepada ayat tasbih, hendaklah ia bertasbih dan bertakbir. Bila sampai kepada ayat yang memberikan janji-janji yang baik, hendaklah ia meminta agar diberikan kurnia Allah dan rahmatNya. Begitu juga bila sampai kepada ayat yang menjanjikan ancaman dan siksaan, hendaklah ia meminta perlindungan Allah daripadanya. Semua doa ini boleh dilakukan dengan menyebutnya dengan lidah, yakni memohon dengan berdoa atau membacanya di dalam hati saja.
Ketujuh : Membaca al-Quran dengan suara rendah kerana yang demikian itu adaalah lebih selamat daripada riya' dan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Cara ini adalah utama bagi orang yang bimbang dirinya akar tercebur ke dalam riya' Tetapi jika ia tiada bimbag akan timbul sifat riya' dalam dirinya, dan jika ia membaca dengan suara yang nyaring itu tiada pula mengganggu orang yang sedang bersembahyang maka dalam keadaan yang seumpama itu, membaca al-Qur'an dengan suara yang tinggi atau nyaring itu lebih utama, sebab kebanyakan bacaan yang diamalkan ialah dengan suara yang tinggi.
Selain itu, membaca dengan suara yang tinggi itu akan menghidupkan hati dan menarik perhatian untuk memikirkan ayat-ayat yang dibacanya, dan ia juga akan menolak rasa mengantuk dan menambah tenaga untuk membaca terus dan menguragi perasaan malas. Bila lengkap pada diri seseorang itu semua sifat-sifat yang disebutkan ini, maka hendaklah ia membaca dengan suara yang tinggi atau nyaring, sebab baginya itulah yang utama.
Kedelapan : Memperindahkan bacaan al-Qur'an dan mentertibkannya jangan sampai dibacakan terlalu panjang, sehingga merosakkan susunannya, dan yang demikian iru adalah sunnat hukumnya.
Ada sebuah Hadis berbunyi:
"Perindahkanlah (bacaan) al-Quran dengan suara kamu."
Hadis yang lain pula:
"Tiada dikira dalam golongan kami, orang yang tiada membacanya dengan suara yang baik"
Maksud dari suara yang baik di sini, ada yang mengartikan dengan melagukan al-Qur'an lain dengan mengiramakannya. Dan yang lain lagi dengan mengulangi-ulangi iramanya, dan maksud yang terakhir ini lebih dekat pada istilah ahli bahasa.
Pernah Rasulullah s.a.w. mendengar Abu Musa al-Asy'ari melagukan al-Qur'an, lantas baginda bersabda: Sesungguhnya orang ini telah dikurniakan suara seperti seruling keluarga daud. Dalam suatu riwayat yang lain ada dikatakan bahwa para sahabat Rasulullah s.a.w bila terkumpul dalam suatu majlis dusuruhnyalah salah seorang di antara mereka membaca suatu surah dari al-Qur'an.

ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN

Tertib lahiriah dalam membaca al-Quran:

Tuesday, March 10, 2009

Metodologi P&P Al-Quran

TAJUK 1.1 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN

Soalan Pertama

Kemukakan dalil-dalil daripada Al Quran atau Al Hadith yang menjadi Nas kepada metodologi @ Kaedah-kaedah (Talaqqi-Musyafahah, Tasmi’, Takrir & Tadarus.)

1. Dalil Kaedah Talaqqi-Musyafahah:

وَقُرْءَانًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَى مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيْلاً
سورة الإسراء : 106

Maksudnya : “Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.”

فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْءَانَهُ
سورة القيامة : 18

Maksudnya : “Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya ( kepadamu dengan perantaraan Jibril ) maka bacalah menurut bacaannya itu.”

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ e قَالَ ِلأُبَيّ : إِنَّ اللهَ أَمَرَنِيْ أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ القرآن قَالَ أُبَي : آللهُ سَمَّانِيْ لَكَ قَالَ اللهُ سَمَّاكَ لِيْ فَجَعَلَ أُبَي يَبْكِي
رَوَاهُ البُخَارِي

Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata kepada Ubay : “ Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu” Ubay berkata : ِAdakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: “Allah telah memilih dan menamakan kamu disisiku ” Maka Ubay pun menangis.

قال النَّبِيَّ e : خُذُوْا القُرْآنَ مِنْ أَرْبَعَةٍ : مِنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْد وَسَالِِمٍ وَمُعَاذِ وَأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ
رَوَاهُ البُخَارِي

Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : “Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat orang iaitu cAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab”

2. Dalil Kaedah Tasmi’:

عن عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْد رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ لِيْ النَّبِيُّ e : اِقْرَأْ عَلَيَّ القُرْآنَ قُلْتُ : آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ ؟ قَالَ : إِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي فافتتحتُ سُوْرَةَ النِّسَاءِ فَلَمَّا بَلَغَتْ : " فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيْدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيْدًا " قَالَ : حَسْبُكَ فَالتَفَتُّ إِلَيْهِ فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ
رَوَاهُ البُخَارِي

Maksudnya : Daripada cAbdullah Bin Mascud katanya : Rasulullah s.a.w telah berkata kepadaku : “ Bacalah Al Quran kepadaku” Aku berkata : Adakah aku perlu membaca kepada kamu sedangkan Al Quran itu diturunkan kepadamu. Jawab Nabi : “Sesungguhnya aku suka mendengar bacaan daripada orang lain” Maka aku membuka surah Al Nisa’ ,tatkala sampai kepada ayat : " فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيْدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيْدًا " Nabi berkata : “Cukup!” Maka aku berpaling kepadanya dan mengalir airmata dari kedua-dua matanya

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : كَانَ يَعْرِضُ عَلَى النَّبِيِّ e القُرْآنَ كُلَّ عَامٍ مَرَّةً فَعَرَضَ عَلَيْهِ مَرَّتَيْنِ فِيْ العَامِ الَّذِي قُبِضَ فِيْهِ وَكَانَ يَعْتَكِفُ كُلَّ عَامٍ عَشْرًا فَاعْتَكَفَ عِشْرِيْنَ فِيْ العَامِ الَّذِي قُبِضَ فِيْهِ
رَوَاهُ البُخَارِي

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w dibentangi ( dibaca) Al Quran satu kali pada tiap-tiap tahun, dan pada tahun beliau s.a.w wafat beliau dibentangi Al quran sebanyak dua kali . Beliau beriktikaf di sepuluh terakhir pada tiap-tiap tahun di bulan Ramadhan dan beriktikaf dua puluh terakhir pada tahun beliau diwafatkan.

3. Dalil Kaedah Takrir:

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أَنَّهَا قَالَتْ أَوَّلُ مَا بُدِىءَ بِهِ رَسُوْلُ اللهِ e مِنَ الوَحْيِ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ فِيْ النَّوْمِ فَكَانَ لاَ يَرَى رُؤْيًا إِلاَّ جَاءَتْ مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ ثُمَّ حُبِّبَ إِلَيْهِ الخَلاَءُ وَكَانَ يَخْلُوْ بِغَارِ حِرَاءٍ فَيَتَحَنَّثُ فِيْهِ وَهُوَ التَّعَبُّدُ اللَّيَالِيْ ذَوَاتِ العَدَدِ قَبْلَ أَنْ يَنْزِعَ إِلَى أَهْلِهِ وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيْجَةَ فَيَتَزَوَّدُ لِمِثْلِهَا حَتَّى جَاءَهِ الحَقُّ وَهُوَ فِيْ غَارِ حِرَاءٍ فَجَاءَهُ المَلَكُ فَقَالَ اِقْرَأْ قَالَ مَا أَنَا بِقَارِئٍ قَالَ فَأَخَذَنِيْ فَغَطَّنِيْ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ قُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِيْ فَغَطَّنِيْ الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ فَقُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِيْ فَغَطَّنِيْ الثَّالِثَةَ ثُمَّ أَرْسَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَ خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اِقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ... إلى آخر الحديث
رَوَاهُ البُخَارِي

Maksudnya : Daripada Aishah Ummul Mu’minin r.a katanya : “Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur.Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira’ . Disitu beliau beribadat beberapa malam tidak pulang kerumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah bekalan habis beliau kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira’ hingga ke suatu ketika datang kepadanya al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira’ tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : “Bacalah!” Jawab Nabi : “Aku tidak pandai membaca” . Kata Nabi selanjutnya menceritakan “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku merasa payah dan sukar” .Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya. Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku merasa payah dan sukar.Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian dilepaskannya seraya berkata : اِقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَ خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اِقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ

4. Dalil Tadarus :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ e أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِيْ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ فَلَرَسُوْلُ اللهِ e أَجْوَدُ بِالخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ المُرْسَلَةِ
رَوَاهُ البُخَارِي

Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.a katanya : “Rasulullah s.a.w adalah seorang yang amat pemurah dan terlebih pemurah ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang menemuinya .Kebiasannya Jibril datang menemui Nabi pada tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan dan kedua-duanya bertadarus Al Quran.Sesungguhnya Rasulullah lebih bersifat pemurah daripada murahnya hembusan angin.”

Rasm Uthmani

1.1 Konsep Rasm Uthmani dan Sejarahnya
1.1.1 Pengertian Rasm
Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.
1.1.2 Pengertian Rasm Uthmani
Rasm Uthmani ialah suatu ilmu yang membicarakan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang digunakan dan telah dipersetujui oleh Saidina Uthman ketiha penyalinan dan penulisan Al-Quran. Ia juga dikenali sebagai Rasm Mushaf yang dikirim kepada berbagai daerah dan bandar di bawah taklukannya. Formasi atau bentuk penulisan Al-Quran dalam mushaf-mushaf Uthmani terdapat beberapa kelainan daripada bentuk-bentuk penulisan Bahasa Arab secara konvensional atau sebagaimana kebiasaannya.
1.1.3 Hukum mempelajari Rasm Uthmani
Hukum mempelajari Rasm Uthmani adala fardhu Kifayah.
1.1.4 Keistimewaan Rasm Uthmani
1. Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Bukan Taufiqi
Ia adalah Rasm bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung oleh Rasulullah S.A.W. Lebih meyakinkan kita setiap apa yang dikhabarkan kepada rasul, sudah tentu datang daripada Allah. Penulisan Al-Quran seperti itu juga berterusan pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman sehinggalah pada zaman selepas itu.

2. Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran
Pembacaan Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran kepada pembacanya yang menepati rukun. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau ditolak.
3. Meliputi Tujuh Huruf
Tujuh huruf Al-Quran ini menjadi factor utama dan dasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan oleh Rasulullah kepadqa sahabat-sahabatnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang meliputi unsure-unsur seperti kata nama, perselisihan pada ikrab, cara tasrif, perselisihan mendahului atau mentakhir sesuatu huruf atau kalimah, ibdal, menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan juga perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, isymam dan sebagainya.
4. Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir.
Melalui sirah, nabi melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan malaikat Jibril a.s dan Zaid bin Tsabit, seorang sahabat yang rapat dengannya turut berada bersama dengannya. Oleh sebab demikian, Zaid telah dipertanggungjawabkan untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman untuk menulis berdasarkan pembentangan tersebut.
Dengan kajian konsep ilmu Rasm Uthmani ini, ianya dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Penulisan yang betul dan tepat adalah perkara yang penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.

Monday, March 9, 2009

Tokoh-tokoh Tajwid Tempatan

Tokoh-tokoh tajwid yang banyak memberi sumbangan dalam pengajaran dan pendidikan di Malaysia.

1. Yang Berbahagia Datok Haji Hassan bin Azhari
Datok Hj Hassan bin Azhari dilahirkan pada 18 ogos 1928 di Shuaib Amir Mekah.Beliau dilahirkan dalam keluarga berilmu dan beragama.Ayahnya Azahari B. Hj. Abd Khalid adalah seorang ilmuan yang lama tinggal di Mekah dan mempunyai kesempatan masa yang banyak untuk mendalami ilmu agama dalam pelbagai bidang.Ibunya Hj. Fatimah bt Abd Hakim dari campuran keturunan arab dan Minangkabau .

Pada tahun 1939,Beliau terpaksa meningggalkan Mekah dan berpindah ke Negeri Selangor mengikuti ayahnya yang berkhidmat sebagai guru.Ketika berada di Malaysia,beliau dimasukkan ke Sekolah Marta al ’Ulum al Diniyyah,kemudian ke Sekolah Arab Al Hayat Al Mardhiyyah sekolah arab ke dua di Kampung Jawa Selangor. Beliau menyambung pelajarannya ke Sekolah al Junaid di Singapura. Kemudian ke Sekolah Hishamuddin Selangor. Beliau pernah belajar di Sekolah Melayu Kuala Langat dan Jublee School Klang.

Penglibatan beliau dalam bidang Al Quran amat luas dan beliau mengembangkan kepada masyarakat umum terutamanya dalam bidang tajwid dan makhraj, jenis-jenis qiraat dan tarannum.Beliau meninggalkan asas pendidikan al Quran untuk kanak-kanak melalui pendekatan muqaddam yang diwarisi dengan memperkenalkan kaedahnya sendiri untuk pembacaan asas al Quran bagi kanak-kanak dengan memperkenalkan huruf diikuti dengan perkataan al Quran dan seterusnya diikuti dengan bacaan pula.Kaedah ini diperkenalkan melalui program televisyen dan radio bagi membina kemampuan kanak-kanak membaca al Quran dan juga orang dewasa.

Beliau telah menulis sebuah risalah bertajuk” Muqaddimah Ilmu tajwid” bagi meningkatkan mutu bacaan di kalangan masyarakat Malaysia pada tahun 2001.Pada tahun 2003,beliau telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk ”Penghayatan Tajwid Al Quran Dan Amalannya Dalam Masyarakat Hari Ini” di Metrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.Beliau juga dijemput keluar negara untuk memberi kursus dalam bidang tajwid di Singapura yang dianjurkan oleh badan masyarakat beberapa kali pada tahun 2000.Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penghakiman tajwid peringkat kebangsaan dan antarabangsa selama 50 tahun.

2. Hajjah Faridah Bte. Mat Saman

Anak kelahiran Temerloh Pahang ini dilahirkan pada 29.10.1948.Bapa beliau bernama Mat Saman merupakan seorang imam di kampung.Manakala ibunya bernama Hajah Che Yam Bte. Che Had ,berasal dari Kampung Kubang Terap Pasir Mas Kelantan merupakan seorang qariah istana serta pernah menjadi johan tilawah al Quran peringkat negeri Kelantan.Ibunya telah meninggal dunia pada 2003 ketika berusia 95 tahun.Datuknya bernama Abd Rahman B. Che Man dan neneknya Zainab Bt Osman yang terkenal sebagai guru al Quran di kampungnya semenjak dari muda hingga ke akhir hayat.

Sejarah awal pendidikan beliau ialah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Mas yang kini dikenali sebagai SK Sultan Ibrahim 1.Beliau mendapat pendidikan al Quran bermula dari kecil lagi dan telah khatam al Quran pada seawal usia lima tahun lagi mennerusi bimbingan kedua ibubapanya.Semasa usia 12 tahun beliau telah menyambung pengajiannya di sebuah pondok di Thailand selama tiga tahun berguru kepada Ustaz Ghazali Mandaling yang berasal dari Indonisia berketurunan Mekah.Selepas itu beliau berguru dengan Hj Ahmad Ma’sum Pergau yang pernah menjadi johan qari sekitar tahun 1960.Gurunya yang terakhir ialah Hj Nik Jaafar B. Nik Ismail dan Hj Hassan Musa dari Pasir Mas.

Sumbangan beliau sepanjang menceburi bidang al Quran, beliau pernah menerima jemputan memperdengarkan bacaan al Quran dari Mufti Palestin tahun 1965 dan telah mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.Beliau menyumbangkan tenaga dengan mengajar anak murid yang berusia 30 hingga 50 tahun yang mahu membetulkan bacaan al quran terutamanya sebutan dan tajwid.Disamping itu beliau menubuhkan kumpulan nasyid yang bernama ”Usratul Faridah” yang terkenal di Malaysia , Thailand dan Singapura.Beliau telah mencatat sejarah sebagai qariah yang paling banyak menjuarai tilawah peringkat antarabangsa sebanyak lapan kali iaitu pada tahun 1964,1965,1972,1976,1977,1989,1990 dan1991.

4. Buku-buku tajwid yang berada di pasaran dan menjadi rujukan masyarakat.

1. Nama buku : Himpunan Tajwid al Quran Al Karim
Nama Pengarang : Tuan Guru Haji Awang Embun bin Haji Umar Al Basyar
Penerbit : Al Fakir Mohamad Rasdi Bin Abdul Malik
Tahun diterbit : 2001
Dicetak oleh : Pustaka Aman Press Senderian Berhad Kota Bharu.

2. Nama buku : Kitab Pelajaran tajwid
Nama Pengaran : Azahari Ibrahim
Penerbit : Darul Nu”man
Tahun diterbit : 1995
Dicetak oleh : Percetakan Darul Nukman Kuala Lumpur.

3. Nama buku : Cara mudah belajar tajwid al Quran
Nama Pengarang : Mohd Sofwan Amrullah
Penerbit : Pustaka Ilmi
Tahun diterbit : 1995
Dicetak oleh : Hikmat Enterprise Bandar Manjalara Kuala Lumpur

4. Nama buku : Kitab pelajaran tajwid
Nama Pengarang : Azahari Ibrahim
Penerbit : Jurnamin
Tahun diterbit : 1989
Dicetak oleh : Percetakan Jurnamin Kota Bharu Kelantan

5. Nama buku : Iqrak
Nama Pengarang : Dr. Mohamad Razak Al Siwahali
Penerbit : Jurnamin
Tahun diterbit : 1989
Dicetak oleh : Percetakan Jurnamin Kota Bharu Kelantan

6. Nama buku : Tajwid Ilmi dan Amali
Nama Pengarang : Ustaz Mahadi Dahlan Al Hafiz
Penerbit : Pustaka Haji Abdul Majid
Tahun diterbit : 1995
Dicetak oleh : Percetakan Warni Sdn. Bhd Selangor.

7. Nama buku : Kaedah Tajwid Rasm Uthmani dalam al Quran
Nama Pengarang : Mahadi Dahlan Al hafiz
Haji azhari Uthman Al hafiz
Penerbit : Al Hidayah
Tahun diterbit : 2003
Dicetak oleh : Al Hidayah Publish

8. Nama buku : Terjemah Hidayatul Mustafid Pada Hukum Ilmu Tajwid
Nama Pengarang : Syeikh Ali Bin abdullah Baldum
Ibni Rawi
Penerbit : Matbaah
Tahun diterbit : 1913
Dicetak oleh : Matbaah zi United Press,Pulau Pinang.

9. Nama buku : Kursus Qari Dan Qariah
Nama Pengarang : Abdullah Qari Bin Hj Salleh
Penerbit : Pustaka Aman Press
Tahun diterbit : 1988
Dicetak oleh : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

10. Nama buku : Kursus Tilawah al Quran
Anjuran : Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Penerbit : Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tahun diterbit : 1992
Dicetak oleh : Malindo Printers Sdn. Bhd.

11. Nama buku : Siraj Al Qari
Nama Pengarang : Sheikh Mohd Salleh bin Zainal Abidin
Penerbit : Jabal Maraki Enterprise
Tahun diterbit : 2007
Dicetak oleh : Percetakan dan Perniagaan Nik Daud Sdn. Bhd.
Kota Bharu Kelantan.

12. Nama buku : Belajar Al Quran Kaedah baru Serta Ilmu Tajwid
Lengkap
Nama Pengarang : Shahib Talib bin Haji Muhammad
Penerbit : Pustaka Ilmi
Tahun diterbit : 2002
Dicetak oleh : Hikmat Enterprise Bandar Manjalara Kuala Lumpur

13. Nama buku : Ilmu Al Quran Dan Tajwid
Nama Pengarang : Abdul Badi Saqar
Terjemahan oleh : Muhammad Labib Ahmad.
Penerbit : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd
Tahun diterbit : 2003
Dicetak oleh : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd

14. Nama buku : Tajwid dan Ilmu Al Quran
Nama Pengarang : Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz
Penerbit : Al Hidayah
Tahun diterbit : 1998
Dicetak oleh : Al Hidayah Publish

15. Nama buku : Qari Dan Qari
Nama Pengarang : Abdullah Al Qari bin Haji Salleh
Penerbit : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd
Tahun diterbit : 2002
Dicetak oleh : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd

16. Nama buku : Pengajaran Membaca Quran Cara Baru
Nama Pengarang : Abdullah Al Qari bin Haji Salleh
Penerbit : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd
Tahun diterbit : 2004
Dicetak oleh : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd