Saturday, January 16, 2010

EMPAT SIFAT HATI

Menurut Imam Ghazali, hati mempunyai empat sifat iaitu, buas, binatang, syaitan dan tuhan.
Apabila hati dikuasai perasaan marah, ia melahirkan sifat buas seumpama binatang buas. Suka bermusuhan, bersengketa dan memaki hamun.Contoh,kaum Nabi Ibrahim.surah al-Anbiya ayat 68 (setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah Dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!"

Apabila hati dikuasa nafsu syahwat, lahirlah sifat binatang. Maka terserlah kerakusan, ketamakan, keangkuhan dan sifat mementingkan diri. Contoh Qarun, dalam surah al-Qasas ayat 78.

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian Yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, Bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat Yang telah lalu, orang-orang Yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? dan (ingatlah) orang-orang Yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
Manusia seumpama ini nafsu syahwat di dalam diri mereka telah menutup pemikiran dan hati sehingga menjadi buta daripada kebenaran.

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 79
Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

Apabila hati dikuasai oleh sifat-sifat ketuhanan, dia mencari kemuliaan, kekuasaan. kemerdekaan, keilmuaan serta kehebatan. Namun sekiranya pada masa itu sifat-sifat syaitan menguasai hati, kehebatan tadi akan disalahgunakan oleh manusia. Ketika itu tipudaya dan putar belit dijadikan landasan hidup memperolehi kemuliaan dan kehebatan diri. Contohnya Firaun yg dirakamkan Allah dalam surah al-Qasas ayat 4

4. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) Dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. ia menindas sepuak di antaranya Dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan Yang membuat kerosakan.

Untuk meledakkan sifat-sifat ketuhanan kearah kebaikan, ilmu, hikmat dan keyajianan diperlukan sentiasa. Apabila sifat-sifat terpuji terus bersinar, hati berada dilandasan kebenaran. Semakin kuat cahaya sinarannya semakin kukuh keneran di dalam hati. Hati yang bersih mampu mengilhamkan nasihat dan petunjuk kepada manusia.

Lapan perkara mematikan hati.

Mengikut Ibrahim bin Adham:
Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu
Membaca Quran tetapi tidak melaksanakan suruhannya
MencintaI Nabi tetapi abaikan sunahnya
Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri
Tahu syaitan musuh tetapi ghairah ikut kehendaknya
Takut neraka tetapi buat maksiat
Mahukan syurga tetapi tidak beramal soleh
Kekurangan diri sendiri lupa tetapi kekurangan orang lain nampak.

Ramuan Memantapkan Hati

Ramuannya ialah ilmu, mujahadah dan zikrullah. Ilmu yg perlu dikuasai ialah ilmu berkaitan dengan Allah, alam ghaib serta syariat.

Mujahadah pula mengawal perjalanan hawa nafsu sehingga hati tidak terpengaruh dengannya. Mujahadah menyediakan hati untuk ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Peningkatan itu dicapai melalui zikrullah kerana zikrullah boleh dikiaskan seperti cahaya yg mampu menyinari hati.

Imam Abul Laith as-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghaafilin mengutarakan lima penawar yg dapat membersihkan hati iaitu:
Bergaul dengan orang-orang soleh
Sentiasa membaca al-Quran
Memelihara perut daripada makanan haram
Melakukan solat malam
Selalu berzikir dan berdoa kepada Allah terutamanya semasa waktu suboh.