Monday, November 16, 2009

Detik Kewafatan Rasulullah SAW

Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.Artikel ini boleh dicopy dan disebarkan kepada rakan2 kita agar dapat dijadikan renungan bersama, Insyaallah. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

Pelbagai Kaedah Pembelajaran Al Quran

Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran Al-Quran dari dulu hingga ke sekarang.

Pengalaman saya sebagai anak kebanyakkan di kampung:
6-12 tahun, Belajar Muqadam - mengeja satu persatu huruf Al-Quran hingga boleh membunyikan dengan betul. Tajwid? tidak tahu apa itu tajwid..yang tahu hanyalah mengikut bacaan guru agak-agak panjang, agak-agak pendek. Istilah dengung? tak tahu pun.

13-17 tahun, Membaca Al-Quran sambil diberitahu hukum tajwid - pernah dengar akan hukum tajwid tertentu. Terlalu sedikit yang ingat dan boleh diaplikasikan dalam bacaan. Tidak dapat mengenal hukum tajwid yang sama tetapi berlaku pada pertemuan huruf atau baris yang berbeza.

18-25 tahun, Tiada penambahan ilmu dari segi bacaan Al-Quran.

26-29 tahun, Belajar Kaedah Qiraati Dewasa - Pembelajaran asas yang tersusun. Penerangan hukum tajwid daripada guru, latih tubi pada hukum tajwid yang sama, soal-jawab hukum tajwid setiap kali mula dan semasa pembelajaran sebagai ulangkaji. Boleh ingat akan hukum tajwid dan mampu mengaplikasikan dalam bacaan Al-Quran.
Itu pengalaman saya sebagai anak kampung biasa. Saya tahu ramai yang lebih hebat daripada saya, awal-awal lagi dah belajar Al-Quran secara bertajwid atau mungkin di pondok-pondok tahfiz. Tapi tak kurang juga yang senasib dengan saya. Jika saya tidak diberi kuasa oleh Allah s.w.t. untuk belajar pada umur 26-29 tahun tu…sampai sekaranglah saya akan membaca Al-Quran dengan cara saya sendiri. Betul atau tidak bacaan saya? Anda sudah pasti tahu akan jawapannya!

Tetapi…sekarang sudah lain. Macam-macam kaedah ada. CD, VCD, Iqra’, Qiraati dan bermacam-macam nama yang lain lagi. Lain halnya dengan kaedah yang di perkenalkan oleh wajibtajwid.com, dimana ia adalah kaedah untuk membantu orang dewasa dalam mempelajari bacaan Al-Quran secara bertajwid sendiri dahulu, kemudian berguru hanyalah untuk memperdengarkan bacaan atau dengan kata lain memastikan bacaan anda adalah betul. Bukannya baru hendak mengenal nama sesuatu hukum tajwid.

Tidak seperti kaedah pembelajaran Al-Quran bertajwid yang lain, kaedah wajibtajwid.com mengekalkan cara pembelajaran 2 hala iaitu seumpama berhadapan dengan guru. 3 langkah pemahaman dan latihan yang diperkenalkan sungguh amat berkesan iaitu penerangan mudah hukum tajwid asas, soalan-jawapan bagaimana sesuatu hukum tajwid itu terjadi, audio bagaimana membunyikan sesuatu hukum tajwid dan latihan berperingkat yang diselangi dengan soalan-soalan sebagai latihan ulangkaji untuk mewujudkan asas tajwid yang kukuh dan boleh diaplikasikan.

“Walau setinggi gunung harta ku miliki, walau selautan wang aku genggami, namun semuanya itu tidak bererti jika…ayat-ayat Allah tidak aku cintai.”

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah sesuatu Pembelajaran Al-Quran Secara Bertajwid itu berkesan untuk kebanyakkan orang. Bukan bermaksud MUDAH tetapi BERKESAN. ‘Mudah’ bergantung kepada kecerdasan setiap individu manakala ‘Berkesan’ pula memberi maksud lambat -laun pelajar tersebut akan dapat membaca Al-Quran secara bertajwid dengan baik.

Turutan Cara Pembelajaran Tajwid Al-Quran Yang Berkesan:
1. Asas Bunyi Baris Atas mesti disebut dengan betul. Contoh: Ra’ Baris Atas bunyinya RO bukannya RA. Begitu juga dengan setengah-setengahnya yang lain.

2. Daripada Asas Baris Atas, insyaAllah baris-baris yang lain iaitu Baris Bawah, Hadapan, 2 Diatas, 2 Dibawah dan 2 Dihadapan akan sendirinya mudah untuk huruf-huruf berlainan.

3. Faham betul bagaimana sesuatu Hukum Tajwid itu berlaku dan bagaimanakah cara bacaannya. Praktiskan bunyi bagi Hukum Tajwid tersebut. Hafalkan kumpulan huruf-huruf bagi hukum tajwid tersebut jika ada.

4. Baca Latihan Berperingkat. Tidak boleh hanya sekadar membaca buku-buku tajwid. Buku tajwid bagus digunakan sebagai rujukan dan untuk pemahaman.

5. Ucapkan nama Hukum Tajwid, bagaimana ia berlaku, zahirkan bunyinya, sebutkan kumpulan huruf-hurufnya (untuk Hukum Tajwid yang telah dipelajari) SEMASA membaca Latihan Berperingkat. Atau, menjawab setiap soalan yang ditanya dengan jujur didalam Latihan Berperingkat tersebut sebelum beralih kepada latihan yang berikutnya.

6. Ulang perkara 3, 4 dan 5 sehingga habis module pembelajaran.

7. Praktiskan kelancaran dengan bersama-sama membaca surah-surah tertentu yang anda suka pada sesuatu masa (Sebaiknya ulang hingga anda boleh membaca bersama Qori tersebut-ikut CD) dengan imam-imam Mekah ataupun Madinah. Diperingkat awal ini, disarankan bacaan oleh qori Khalil Khusyairi atau Saad Said Alghomidi ataupun Masyari. Anda akan sentiasa tertinggal ke belakang apabila mengikut bacaan oleh Qori ini pada awalnya tetapi diakhirnya anda akan boleh membaca seumpama Qori tersebut baca. Mesti nak kan?
Jika anda mengikuti kaedah yang diterangkan di atas, insyaAllah anda akan dapat membaca Al-Quran Secara Bertajwid dengan baik. Anda boleh mendapatkan kaedah seperti yang diterangkan diatas di wajibtajwid.com.

Selamat Maju Jaya!
” Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an. Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."